BlogList Malaysia

03 August 2010

Pelajar Hamil Anak Luar Nikah, Jom Ke Melaka

Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai kerajaan Melaka akan dibuka di Jasin dalam masa terdekat ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas bangunan rumah kadi daerah itu adalah untuk mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Pendekatan kerajaan negeri untuk membantu keluarga miskin menikahkan anak mereka bertujuan mengurangkan isu hamil di luar nikah dalam kalangan pelajar, katanya kepada pemberita pada seminar penghayatan Ramadan Al Mubarak di Masjid Al Azim di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat remaja tegar yang terjebak kepada pelacuran dan sukar untuk balik kepada pangkal jalan setelah mengandung anak luar nikah.

“Jika mereka telah berkahwin tiada siapa akan memarahi mereka dan kalau mereka mengandung ibu bapa boleh tanggung, jika tidak boleh tanggung, kerajaan negeri akan tanggung bayi dilahirkan,” kata Mohd Ali. — Bernama

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas