BlogList Malaysia

28 July 2010

Harussani Mengamuk Nama Dipermainkan

Haramsani: Tulang Besi akan Jawab Dengan Tuhan

Saya diberitahu, Mufti UMNO Perak, Harussani memberitahu mereka yang memberi gelaran kepada beliau seperti Haramsani dan Haramjadah akan menjawab dengan Allah SWT. TUlang Besi ingin memberitahu apa sahaja yang Tulang Besi buat di dunia ini akan diperhitungkan oleh Allah SWT di Padang Mashsyar kelak. Mufti UMNO Perak tidak sepatutnya berkata benda yang sudah pasti akan berlaku kelak.

Seharusnya Haramsani sepatutnya mesti risau tindakan beliau menyokong pembunuhan kejam orang yang tidak berdosa bernama Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya. Sehingga hari ini, Ustaz Ibrahim Libya tidak pernah dibicarakan atau didapati bersalah di atas apa-apa tuduhan.

Tulang Besi ingin memberitahu pembaca sekelian bahawa motivasi Tulang Besi memanggil nama Haramsani adalah peranan Haramsani di dalam memburukkan nama Ustaz Ibrahim Libya. Dosa Haramsani beribu kali ganda lebih besar dari Tulang Besi.

Ikuti pendedahan dari Ustaz Ahmad Awang:


“Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid.

Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.


Betulah Mufti Perak ni Mufti Munafik. Sebuk2 nak wujudkan perpaduan Melayu dan Islam, tapi bila darah ulama yang Melayu dan Islam seperti Ustaz Ibrahim Mahmud ditumpahkan, beliau jadi juara mempertahankan pembunuhan tersebut.

1 Komen :

Anonymous ,  July 29, 2010 at 1:08 PM  

ya Allah.. btulkah pendedahan ni? al-fatihah buat Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud..

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas