BlogList Malaysia

22 June 2010

Katak Gila Nie Teringin Nak Jadi Speaker

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berpendapat rakannya di Dewan Rakyat Tian Chua wajar dilucutkan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu berdasarkan peruntukan undang-undang walaupun hakim berpendapat pilihan raya kecil perlu dielakkan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata Dewan Rakyat juga wajar mengisytiharkan kerusi Batu sebagai “kosong” dan pilihan raya kecil sepatutnya diadakan bagi menghormati peruntukan undang-undang.

“Peruntukan undang-undang mengekehendaki hakim buat keputusan berteraskan kepada undang-undang semata-mata, bukan tujuan mengelakkan pilihan raya kerana itu bukan peranan mengikut doktrin pemisahan kuasa,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan menerusi teks SMS.


Ibrahim menyatakan demikian ketika wujud polemik tentang status Chua selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengurangkan hukuman denda daripada RM3,000 kepada RM2,000 pada Khamis lalu.

Ditanya mengenai hasrat hakim mahu mengelakkan pembaziran duit rakyat dan tidak mahu diadakan pilihan raya kecil, Ibrahim menambah, isunya bukan membazir ataupun tidak, sebaliknya asas perundangan perlu dipertahankan.

“Isunya bukan membazir atau tidak... ini isu perundangan,” kata beliau lagi.

Oleh itu kata Ibrahim, adalah tidak wajar kedudukan Chua yang juga Pengarah Strategi PKR dikaitkan dengan dasar perlu atau tidak pilihan raya kecil kerana beliau merupakan seorang Ahli Parlimen yang turut menggubal undang-undang tetapi melanggar undang-undang dengan mencederakan anggota polis.

Nasib Chua kini terletak di tangan Speaker Dewan Rakyat yang akan menentukan statusnya.

3 Komen :

azman kamarul June 22, 2010 at 3:32 PM  

Mamat ni bercakap atas kapisiti jawatan apa sebenarnya?...nampak sangat dah mula gila jawatan....awak tu hanyalah MP menumpang kapal orang lain...sedar-sedarlah diri sikit....

Jangan berasa hebat dan angkuh....banyak-banyaklah pergi ziarah kubur....

hj jamaludin ,  June 22, 2010 at 5:33 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Kesian Ibrahim Ali , segala dan berbagai peranan telah ibrahim ali buat untuk PM 1 Malaysia tapi PM 1 Malaysia masih tak bagi jawatan kat ibrahim ali di dalam karbinet 1 malaysia . Apa kah PM 1 Malaysia tak yakin atau buta dan tuli dengan kebolehan ibrahim ali??????????

Anonymous ,  June 23, 2010 at 12:22 AM  

aku tengok muka dan gigi brahim katak puru ni, sama dengan apek yg kerja buat jambatan sultan yahya di pasir pekan.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas