BlogList Malaysia

25 June 2010

40 Sertai Umno Tanpa Dr. Asri

Datuk Seri Najib Razak menerima sampul surat 40 borang penyertaan daripada Fadlan Mohd Othman (dua dari kiri) dengan diperhatikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur malam ini.

Sekumpulan 40 ulama yang berusia antara 20-an dan 40-an menyertai Umno malam ini tanpa penyertaan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang banyak disebut-sebut sebelum ini.

Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata mereka merupakan kumpulan pertama dan akan disusuli dengan sekumpulan kedua dalam waktu terdekat.

“Sebenarnya ada dua golongan yang menyokong Umno. Satu sebagai ahli secara langsung dan lagi bukan ahli tetapi menyokong Umno.

“Dr Asri termasuk dalam kedua-dua kumpulan ini. Tetapi pada masa sekarang Dr Asri dalam kumpulan kedua iaitu menyokong dari luar dan satu hari nanti akan menjadi ahli Umno,” kata beliau menjawab soalan status Asri yang disebut-sebut akan menyertai Umno hari ini.

Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak di tingkat empat Menara Dato' Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

3 Komen :

azman kamarul June 25, 2010 at 10:51 PM  

Tahniah kepada pemimpin umno dan pencacai mereka kerana berjaya "mentarbiyahkan" ahli - ahli agama di IPTA mudah-mudahan para ilmuan agama ini akan berjaya "mewangikan tong taik" yang busuk dan jijik tiu.

Juga diharapkan tidak berlaku TONG TAIK TAK BERSIH TAPI BADAN KAMU YANG TERPALIT DENGAN TAHI.

azman kamarul June 25, 2010 at 10:57 PM  

Kepada penyokong PR....kita harus ingat bahawa PAS tetap akan terus bangun kerana HIDUP atau mati PAS (PR) bukan kerana mereka....PAS tetap utuh dan kuat selagi kita terus memperjuangkan agama suci dengan ikhlas dan tulus....insyaallah..

Ingatlah janji-janji Allah."Jika sekiranya dunia ini berharga tidak akan Aku berikan kepada mereka yang menentang Aku"....TAKBIR!!!

SalafiTulin ,  June 26, 2010 at 12:23 AM  

aku akan lompat dan ketawa sekuat hati bila Asri masuk UMNO. Aku akan katakan kepadanya, "kaulah anak jantan".
Dah lama org PAS tertipu dgn mainan munafik Asri dan gengnya, tersengeh-sengeh jumpa TGNA supaya lebih ramai org PAS terpengaruh, diperbodoh, bersangka baik, pada hal dah lama cita-citanya bersama UMNO. Tak percaya tanya Sahidan Kasim.
Jangan percaya kalau Dr.Asri tak masuk UMNO dan jangan percaya Asri simpati pada PAS dan PR. Dah dekat nak mengundi nanti isytiharlah masuk UMNO.
Apa hebat sangat dr.Asri, hanya mencemar nama baik puak salafi sahaja.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas