Azamuddin Omar, saksi utama tragedi Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis 26 April lalu, membuat kejutan apabila mendakwa polis mengacukan pistol kepadanya ketika menyerah diri.
Dalam sidang media yang disertai ahli kelurga mangsa dan ramai pemberita, beliau ditanya seorang wartawan mengenai sama ada terdapat anggota polis yang mengacu pistol kepada beliau.
Wartawan: "Ada tak polis acu pistol kepada adik?"
Azamuddin: "Ada."
Azamuddin berkata demikian pada sidang media di rumah mangsa hari ini apabila diaju pelbagai soalan dari wartawan yang mahu mengetahui kisah sebenar tragedi berkenaan.
Beliau yang ditemani beberapa peguam, juga mencerita rentetan kejadian sebenar dengan panjang lebar dan jelas berbeza dengan versi polis.
"Saya jatuh dalam longkang tapi seorang polis datang terajang kepala saya. Lepas itu, polis yang lain ramai-ramai pukul, belasah saya. Saya lari sampai polis tak dapat kejar," katanya
Ditanya bilangan polis yang didakwanya memukul dan membelasah beliau, Azamuddin menjawab begini: "Lebih lima orang, saya rasa."
04 May 2010
Polis Acu Pistol Kepada Saya - Saksi
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
pdrm
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 Komen :
budak baik tak keluarlah pukul 2pg..
budak baik tak curi dan bawa lari kereta org..
budak baik duduk rumah tido esok sekolah..
budak baik tak berkawan dgn budak tak sekolah..
budak ni sebenarnya depan mak dan bapak pijak babi pun tak mati..
alim depan mak dan bapak kalah nik aziz..
belakang kaaaluuuuuuu..mcm hantu..
sayang anak tangankan2..sayang anak tembak je..
hol manusia tak cerdik, biasalah budak2. dulu (25 tahun lalu)aku pun biasa kebas kereta arwah mak atau kakak aku malam2 pegi ambik kekawan minum selepas diaorang dah tidurrr...aku kenal budak ni dan orang yang dia nak tolong tayar motor bocor kat sek 7 tu anak kawan aku....kau iq rendah sebabtu pikir selapis je ataupon kau mandul takde anak....
Post a Comment