BlogList Malaysia

01 May 2010

Dilarang Menegur Pimpinan PAS Di Internet Nanti Musuh Tahu

Ahli-ahli PAS diiingatkan agar beradab ketika menegur pemimpin parti dengan menggunakan saluran yang betul dan bukan di alam maya.

Platform seperti muktamar atau mesyuarat agung parti merupakan tempat yang paling sesuai ketika menegur atau memberi pandangan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata ahli-ahli PAS boleh memberi pandangan dan teguran kepada pimpinan parti tetapi mesti menggunakan saluran yang betul.

“Kita (ahli PAS) boleh beri pandangan, teguran dan nasihat kepada pimpinan parti tetapi atas platform yang betul.

“Kritikan kita bukan di blog atau di alam maya yang boleh dilihat oleh semua orang termasuk musuh-musuh Islam,” tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu kali ke-41 di Dewan Banat, Rusila, hari ini.

Menurutnya, kecenderungan manusia menggunakan kemudahan teknologi maklumat mendorong kepada kritikan terbuka melalui blog-blog di alam maya.

Akhirnya, kata Ustaz Idris, perbuatan tersebut boleh mengundang perselisihan serta perpecahan sesama sendiri di dalam parti.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Khairil Nizam Khairuddin dan Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

1 Komen :

Anonymous ,  May 3, 2010 at 9:21 AM  

Assalamualaikum...

Saya terpaksa membidas perkara yang saya lihat agak kekok apabila ahli-ahli tidak dibenar menegur pemimpin dalam media-media tertentu.

Pada saya, kalau ada pemimpin-pemimpin PAS yang tak sanggup menerima teguran dari akar umbi dalam apa jua keadaan, pada pendapat saya orang macam ini perlu angkat bungkus pergi masuk UMNO bin APCO al Israeli, bangsa tu je yang di Malaysia tak boleh ditegur rakyat.

Brother Penerangan, kalau setakat nak tegur melalui Muktamar, berapa banyak sangat isu yang boleh dibincangkan? Itu pun kalau Pengerusi Tetap benarkan, dan kamu semua dapat dengar semua apa yang dinyatakan. Saluran-saluran lain pun bukannya terbuka untuk diperkatakan.

Penyataan Brother Penerangan ni nampak sangat mengundur ke belakang, kalau tak nak ditegur secara terbuka, "BUAT KERJA DENGAN BETUL" jadi akan kuranglah teguran. Apakah barisan pemimpin PAS sudah ketandusan penghujah-penghujah untuk berhujah menangkis segala teguran, atau pemimpin PAS sudah jadi buta huruf sehingga tidak mampu menulis untuk menjawab kemusykilan yang berlaku.

Ingatlah PAS merupakan parti yang telah mewujudkan sekumpulan pengkritik yang aktif dan membina sejak dari awal penubuhannya yang telah membentuk kekuatan PAS kini, jadi kenapa kini tidak boleh mengkritik, jika kritikan mereka berasas dan demi kebaikan PAS. Tidak dinafikan ada kritikan yang melampau, namun itu juga menjadi tanggungjawab PAS untuk membidas kembali jika perkara tersebut tidak benar.

Ingatlah Saidina Umar Al Khattab telah dijanjikan akan ditegur dengan pedang seandainya tidak melaksanakan amanah yang diberikan alam pentadbirannya. Malahan sememangnya beliau pernah ditegur dalam banyak keadaan.

Apalah sangat dengan tulisan dari blog seandainya kamu berada di pihak yang benar. Di situ jugalah tanggungjawab kamu sebagai Ketua Penerangan PAS, dalam memberi penerangan dan menjawab pertuduhan dengan fakta-fakta yang bernas. Sekian.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas