BlogList Malaysia

10 February 2010

Muzakarah Hanya Untuk Isu Agama Sahaja - TGNA

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sekali lagi menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya hanya bersedia duduk semeja dengan Umno bagi membincangkan soal agama tanpa melibatkan isu lain.

Ketegasan itu dilihat bercanggah dengan pandangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu lalu bahawa PAS sudah lama bersedia untuk berdialog dengan Umno-Barisan Nasional, bukan sahaja dalam isu Islam tetapi juga soal-soal berkaitan kepentingan rakyat.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, kenyataan beliau jelas dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai pendirian Hadi.

“Saya tidak mahu campur tangan urusan orang lain, saya hanya hendak perbetulkan kenyataan saya sahaja.

“Yang lain itu dia punyal pasal,” kata beliau dipetik Sinar Harian.

Nik Aziz berkata beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan Hadi sebenarnya senada dengannya, namun ia mungkin diputar belit oleh wartawan.

“Mungkin kenyataan saya dengan dia sama, cuma wartawan buat kacau,” katanya.

Hadi dipetik berkata, PAS sudah lama bersedia untuk berdialog dengan Umno-Barisan Nasional, bukan sahaja dalam isu Islam tetapi juga soal-soal berkaitan kepentingan rakyat.


Sebagai contoh kata Hadi, pihaknya sudah menghadiri dialog di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) bulan lalu, yang merupakan salah satu badan di bawah kerajaan dan ramai pemimpin Umno hadir dalam dialog berkenaan.

“Dan kita telah memberi pandangan kita berhubung isu penggunaan kalimah Allah ini.

“Kita sudah lama terbuka dengan semua termasuk dengan Umno.

“Kita juga sudah bersedia untuk berdialog bukan sahaja isu kalimah Allah tapi semua isu melibatkan ekonomi, sosial, kebajikan dan sebagainya,” kata beliau.

Bagaimanapun pada hari yang sama Nik Aziz berkata beliau bersedia untuk berdialog dengan Umno, tetapi ia hanya akan berkisar pada soal agama Islam.

Sehubungan itu tegas Menteri Besar Kelantan, perbincangan tersebut hanya akan membabitkan kepada persoalan iaitu mengapa Umno tolak Islam dan PAS.

Idea itu pertama kali dibangkitkan oleh Nik Aziz pertengahan minggu lalu.

Dalam pada itu peguam PAS Hanipa Maidin menulis bahawa “tidak cukup dengan keputusan jawatankuasa disiplin yang memeningkan kita dan menjadi bahan ketawa abad ini, kini timbul semula isu muzakarah PAS dengan Umno.”

“Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah PAS dan Umno?

“Sekejap UG (kerajaan perpaduan), sekejap muzakarah. Sekejap muqabalah. Lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu,” kata Hanipa sambil menambah beliau yakin rakyat sudah muak dengan isu ini.

“Jika saya tidak bersama PAS, sudah tentu saya orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini,” katanya.

Tegur beliau mengapa PAS tidak serik-serik membangkitkan isu ini sedangkan “tiada angin tiada ribut.”

Justeru soal beliau bukankah lebih baik kalau PAS menggunakan strategi untuk memperkuatkan Pakatan.

“Saya rasa terpanggil ingin menegur pemimpin PAS tidak kira setinggi mana pun jawatan mereka dalam parti. Biarlah orang PAS marah saya daripada rakyat marah kepada PAS dan menghukum PAS selepas ini.

Sambil berkata “takkan kita masih tidak kenal Umno!”, kata Hanipa, kerajaan perpaduan atau muzakarah, bagi rakyat yang sudah meluat dengan Umno, PAS dilihat sentiasa memberi nafas kepadanya jika isu kerajaan perpaduan atau muqabalah atau muzakarah dibangkitkan.

“Meluat rakyat ada hadnya. Jangan sampai PAS berani-berani menghampiri had itu. Jika rakyat meluat kepada kita, jangan marah mereka marahlah kepada diri kita sendiri,” katanya.

1 Komen :

cucu mamak kutty ,  February 10, 2010 at 5:24 PM  

dari umur saya 14 tahun lagi saya dah mula tanamkan dlm hati saya bahawa saya membenci umno dgn sebenci2nya...sekarang umur saya dah 57thn...saya tetap membenci umno seperti saya membenci iblis dan syaitan..saya benci umno sebab umno pengkhianat bangsa dan peliwat islam...tak payah nak di ceritakan panjang lebar tentang apa yg umno dah lakukan kat bangsa melayu dan agama islam...org bodoh pun tahu apa yg umno dah lakukan cuma mereka2 itu adalah pencacai2 umno yg tak punya maruah jadi mereka tetap membenarkan apa saja yg umno lakukan terhadap diri,keluarga,masayarakat,bangsa, agama dan terhadap negara...walau umno itu zalim ,buat mereka umno perlu di pertahankan...sebab mereka2 adalah pencacai yg tak punya maruah diri.....yg pelik nya sekarang ni saya betul rasa amat kecewa sekali terhadap pemimpin2 tertinggi pas ...yg apa ke jadahnya tak habis nak berbincang dgn umno ni....dah di tanam dan di beri tahu bahaw3a kita yg cintakan kebenaran wajib membenci umno...kerana umno ZALIMMMMM......APA LAGI YG PEMIMPIN2 PAS NI NAK BAWAK BINCANG DGN UMNO LAGI NI....saya sokong apa yg hanipa maidin luahkan.....jgn sampai org mula membenci pas pulak nanti...umno jadi mcm tu sbb umno tu fasik dan jahil murakap...yg pas pulak yg di pimpin oleh ulamak2 pun nak jadi mcm umno juga ke.....dah dah le tu ......jgn siang cakap lain...mlm cakap lain....benci benci benci...meluat meluat meluat....nak muntah....

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas