Nik Amalina diminta berhenti menulis blog
Blog Nik Amalina Nik Abdul Aziz yang menyentuh tentang kepimpinan Pas negeri dan kerajaan Kelantan akan dianggap sebagai blog sampah di dalam Internet sekiranya dia bukan anak Menteri Besar Kelantan.
Setiausaha Pas negeri, Mohd. Zaki Ibrahim berkata, oleh kerana Nik Amalina adalah anak Menteri Besar Kelantan, maka tulisannya di dalam blog sememangnya dipandang serius oleh parti.
Sambil menyatakan rasa tidak senang dengan tulisan Nik Amalina itu, beliau berharap ia dapat dihentikan segera kerana dakwaan yang dibuat adalah tidak berasas dan boleh memberi imej tidak baik terhadap Pas.
''Jika beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan, tulisannya tentu tidak akan dipedulikan malah dianggap sebahagian daripada blog sampah yang bertaburan di Internet.
''Kita harap tulisan sebegitu merupakan yang terakhir sekiranya beliau benar-benar sayangkan parti dan kerajaan kerana mungkin itu sebaik cara untuk membantu pada masa ini," katanya di sini hari ini.
Mohd. Zaki berkata, tulisan Nik Amalina yang dilihat mula merendahkan kewibawaan kepimpinan parti dan memperkecilkan peranan mereka berkaitan isu menyentuh suaminya, sebagai tidak berasas.
Katanya, tulisan seumpama itu yang dibuat tanpa kesedaran dan kefahaman perkembangan dalam parti dan kerajaan ternyata memberi gambaran tidak menyenangkan kepada umum.-(sumber)
25 December 2009
Seri Suri Hanyalah Blog Sampah
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
menantu
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
4 Komen :
Elok le dia diam.
semakin banyak dia menulis, dia semakin mengarut dan menjengkelkan.
Apa salahnya jika Nik Amalina menulis dan mendedahkan yang benar. Bukankah berkata benar itu dituntut dalam Islam. Jika ini di larang bererti PAS bukan parti yang baik dan tidak telus. Perjuangan PAS adalah telus. Oleh itu ketelusan biar menjadi kenyataan. Bila batang hidung kena jangan bsising terima saja lah. Saya sokong Nik Amalina. Serikandi PAS yang berani dan tegas.
Saya sokong Nik Amalina dan keluarga Tok Guru Nik Aziz kerana peka terhadap Pas.Pemimpin-pemimpin Pas seperti Husam dan lain-lain yang terlalu minat kepada kerusi MB sekarang sudah penat menungu Tok Guru berundur. Mereka jangka setelah menang selesa PRU ke 12 baru-baru ni Tok Guru lepas jawatan MB, rupa-rupanya dak. lalu meeka berusah macam mana Tok Guru besara cepat.
Ariffahmi menantu Tok guru orangnya hebat dan bijak. Dia mempunyai pandangan yang jauh. Dia melihat untung yang besar dihadapan berbanding untung yang sedikit dalam jangka pendek. Puak yang minat jawatan MB tadi bimbang nanti Tok Guru pilih dari kalangan keluarganya untuk MB.Tok Guru pernah kata bahawa dia tak kisah siapa pun jadi MB Kelantan asalkan Islam dan berkelayakan.Selepas kewafatan Rasulullah Abu Bakar dilantik sebagai khalifah iaitu bapa mertua Rasulullah. Selepas Abu Bakar, Umar pula menjadi khalifah iaitu bapa mentua Rasulullah juga. Selepas Umar Othman pula iaitu menantu Rsulullah.Manakala selepas Othman Ali pula juga menantu Rasulullah. Bolehkah kita nak tuduh ini adalah pemerintahan sekeluarga sepertimaa tuduhan Pemerintahan Asri Sekeluarga atau Pemerintahan Ayah Ziz Sekeluarga.
PERTAHANKAN KEPIMPINAN ULAMA. TANPA ULAMA PAS LEMAH.BILA PAS LEMAH DAP DAN PKR DAPAT BERKUASA.UMNO ORE TAK SE DOH.
Post a Comment