- Rasuah merupakan perbuatan penyalahgunaan kuasa bagi mencapai lebihan pendapatan daripada orang awam.
- Rasuah merupakan perbuatan memberi atau menawarkan sebarang bentuk ganjaran bagi mempengaruhi tindakan dan keputusan seseorang.
- Sememangnya rasuah mendatangkan kesan buruk kepada sesebuah negara.
1. Rasuah akan menggoyah struktur pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Politik tak stabil….tunjuk perasaan, rusuhan, pembunuhan
- Sesebuah karajaan akan jatuh akibat rasuah.
- Sebagai contohnya Empayar Rom, Uthamniah dan Dinasti Ching jatuh kerana gejala ini. (yang salah dibebaskan, yang benar dihukum…) Thailand, Taiwan, Malaysia(Isa Samad, Razak Baginda dan lain-lain contoh yang difikirkan sesuai)
- Negara-negara itu hancur kerana menteri dan pegawai awam mengamalkan rasuah.
- Akibat rasuah, pentadbirannya tidak terurus. (Filipina:Fidel Marcos)
- Masyarakat hilang keyakinan terhadap pemimpin negara.
- Rakyat akan memberontak dan mencetuskan reformasi.
- Keadaan huru-hara berlaku dan akhirnya kerajaan digulingkan.
2. Rasuah juga mengancam ketegaan ekonomi negara.
- Rasuah merupakan kos tidak langsung kepada semua aktiviti ekonomi.
- Sekiranya sesuatu projek berharga RM100 juta, mungkin RM 20 juta hangus akibat rasuah. (rasuah diberi untuk mendapatkan tender/lesen projek)
- Jadi, kosnya ialah RM 20 juta lebih tinggi.
- Ini pasti menyekat para pelabur asing ke negara kita.
- Pelabur aka lebih suka melabur di negara yang bersih dan cekap.
- Secara tidak langsung ini akan melumpuhkan ekonomi negara.
3. Rasuah akan menyebabkan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana.
- Di India/Indonesia/Malaysia, orang kaya mampu memberi rasuah.
- Maka mereka mendapat lesen dan peluang perniagaan.
- Bertambah kayalah golongan ini.
- Golongan yang miskin dinafikan peluang ekonomi kerana tidak mampu memberi rasuah.
- Sebagai kesanya, jurang ekonomi yang begitu ketara berlaku.
- Maka integrasi negara akan terjejas.
- Prasangka dalam kalangan kaum akan terus menebal.
4. Rasuah juga mengancam keselamatan negara.
- Golongan yang tamak hanya akan bekerja jika ada rasuah.
- Perkara yang akhir didahulukan dan yang awal dinafikan kedudukannya.
- Pihak yang terlibat dalam rasuah akan mengetepikan etika dan mutu kerja.
- Kontraktor binaan misalnya, sanggup menggunakan bahan yang kurang bermutu demi mengaut keuntungan. (demi menebus rasuah yang dikeluarkan)
- (2008 Bukit Antarabangsa: runtuh, 2009 Stadium dan kolam renang Trengganu roboh)
- Bangunan dibina tidak mengikut standard dan piawaian keselamatan.
- Pegawai kerajaan akan meluluskan projek kerana diberi rasuah.
- Akibatnya projek itu akan mudah rosak dan runtuh. (Taiwan: gempa bumi….
- Bangunan dan lebuh raya runtuh mengorbankan banyak nyawa.
- Tegasnya rasuah dapat meragut nyawa.
5. Rasuah mencemar maruah, agama, bangsa dan negara. (imej negara)
- Karis Kraus, sarjana Jerman menyatakan “Rasuah lebih hina dan keji daripada pelacuran.
- Seorang pelacur hanya mencemarkan maruah dirinya sahaja tetapi pengamal rasuah mencemarkan maruah keseluruhan negara.
- Agama mengajar kita menjadi manusia yang beriman.
- Jadi, melakukan rasuah merupakan pengkhianatan kepada agama.
- Jika rasuah di Malaysia berleluasa, bangsa kita juga tidak dihormati.
- Kerajaan kita akan dikatakan tidak cekap. Tak efisien, tak berupaya, mundur, prinsip
- Negara kita akan diketawakan.
- Pada kesimpulannya, rasuah sememangnya mendatangkan kesan buruk kepada sesebuah negara.
- Jadi, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.
- Jauhkanlah diri kamu daripada menerima pemberian yang lain, maka kedudukanmu akan setaraf dengannya”. Hadith riwayat Ali ibni Abi Talib.
3 Komen :
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Sekalung bunga kemboja (gua ambil kat kubur buat kalung) untuk gua kalung kat Dr Hassan Ali YB / Exco Selangor.
Lepas nie kalu ader lagi PRK, gua nak tengok apa plak lagi agenda dan strategi Hassan Ali nih.... kalu samer gak.. tapi pimpinan atasan PAS/PR masih tak sedar lagi... Masih lagi nak simpan duri dalam daging atau musuh dalam selimut .Perbuatan onak Dr Hasan Ali perihal kes kes di Selangor , ramai bangsa India dan Cina dah mula takut dengan kedudukan mereka di dalam Pakatan Rakyat . Sepatutnya Pas PUsat lucutkan semua jawatan Dr Hasan Ali dari parti PAS mahupun Pakatan Rakyat . Buat apa kita simpan nila yang merosak susu sebelanga . Bodoh punya Pas .hj jamaludin
Laa Hj Jamaluddin.. komen yang sama lu letak kat Aduka Taruna.. lu ni dah berapa hari tak tido? Dok tengah syok celebrate kejayaan perompak ke?
Aslkm tuan...saye ni student form 6 high gak n minggu depan exam PA 2/1...so nak tanye latihan kat atas ni,tuan rase soalan spot PA sebenar ke exam tahun ni ? atau saje-je wat...kalau ade benda2 yang tuan rase penting sal subjek ni,leh bro bagitahu kat saye...
-Um@R-
(0199534149)
Post a Comment