BlogList Malaysia

03 October 2009

Malang Bagi Demokrasi Kerana Memiliki SPR Yang Benggong

Tiada akta larang naikkan bendera

SHAH ALAM - Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menegaskan bahawa tiada sebarang akta yang melarang mana-mana parti tidak bertanding dalam pilihan raya kecil yang diadakan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sewajarnya melarang parti tidak bertanding memberi sokongan kepada parti komponen yang bertanding.

Menurutnya, PKR tidak menolak kemungkinan akan menaikkan bendera parti pada pilihan raya kecil Bagan Pinang sebagai tanda sokongan kerana sehingga kini tiada sebarang akta melarang parti yang tidak bertanding berbuat demikian.

“Sehingga kini tiada akta yang diperuntukkan untuk melarang mana-mana parti politik yang tidak bertanding dalam pilihan raya.

“Selagi tiada akta yang melarang kita untuk menaikkan bendera parti, selagi itu kita akan teruskan (menaikkan bendera) untuk memberi sokongan kepada calon Pas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, dalam peraturan pilihan raya terdapat lapan akta yang telah diperuntukkan oleh SPR namun tiada satu akta pun yang jelas melarang bendera parti yang tidak bertanding dipamerkan.

Menurutnya, selagi tiada akta yang menghalang bendera parti dinaikkan, PKR, Pas dan DAP akan tetap menaikkan bendera mereka dalam pilihan raya yang akan datang sebagai tanda sokongan kepada parti komponen PR yang bertanding.

Beliau berkata demikian bagi merujuk larangan menaikkan bendera kepada parti yang tidak bertanding oleh SPR pada pilihan raya kecil terdahulu.

Sebelum ini, parti komponen PR akan turut menaikkan bendera dalam mana-mana pilihan raya yang melibatkan parti komponen tersebut tersebut sebagai tanda sokongan.

PKR dan DAP turut menaikkan bendera pada pilihan raya kecil terdahulu seperti di Permatang Pasir dan Manek Urai.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas