BlogList Malaysia

14 September 2009

Hina Mahathir - Kenapa Timbalan, Kenapa Tidak Khairy?

Pelik. Kenapa timbalan ketua pemuda umno yang melatah sakan apabila Tun Mahathir dikecam hebat perwakilan MIC. Ke mana perginya ketua Pemuda Khairy Jamaluddin. Kenapa media arus perdana tidak merakamkan kenyataan bantahan dari ketua pemuda? Atau memang media sengaja tidak mahu mengambil kenyataan dari Khairy kerana siapalah ketua pemuda jika dibandingkan timbalan ketua yang berstatus timbalan menteri. Dalam erti kata yang lain, Khairy hanyalah melukut sahaja di tepi umno..

Kumpulan wira pembawa kepala lembu pula tak mau buat demonstrasi ker kat ibu pejabat MIC atau mana-mana kuil kat Kuala Lumpur untuk membela Mahathir?

Pemuda: MIC biadab kecam Dr Mahathir

Kecaman terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung MIC semalam adalah melampau dan
amat biadab, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata tindak-tanduk seumpama itu bukan budaya BN dan MIC perlu bertanggungjawab untuk mengambil tindakan.

"Tindakan perlu dikenakan oleh BN jika pimpinan MIC membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja.

"Ia mesti diambil demi menjaga kerukunan dalam BN," katanya dalam satu kenyataan.

Beberapa akhbar hari ini melaporkan bahawa Dr Mahathir telah dikritik para perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC serta menjatuhkan maruah presiden parti itu Datuk Seri S Samy Vellu.

"Pergerakan Pemuda Umno berpandangan bahawa tindak-tanduk sebegini tidak membantu mengalihkan pandangan masyarakat kepada kedudukan MIC yang sebenarnya," kata Razali, yang juga timbalan menteri belia dan sukan.

Menurutnya, rasa hormat perlu diraih dan bukan boleh diminta-minta.
"Mereka kena cari jalan menonjolkan perancangan dan kerja yang baik, bukan dengan menyalahkan orang lain apatah lagi menghina pemimpin besar negara," katanya. BERNAMA

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas