28 August 2011

Dr Rosli Che Mat Sengaja Mahu Diperangkap Atau Terperangkap

Lynas, Che Rosli Che Mat Dan YuGi Berpisah Tiada

Sewaktu media pencacai Umno-APCO berlumba-lumba menyiarkan kenyataan ahli parlimen PAS dari Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, rupa-rupanya ia telah diketahui beberapa puak dalam PAS sendiri.

Antara yang mengesan kehadiran orang TV3 ialah salah seorang jawatankuasa PAS Selangor sendiri, yang namanya dikaitkan dengan skandal serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Itu tidak penting.

Tetapi yang paling penting adalah siapakah Dr Che Rosli sebenarnya?


Menurut satu sumber, rupanya Dr Che Rosli adalah salah seorang pakar atom, sama seperti ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (nuklear).

Dan pernah memegang jawatan sebagai penyelidik dan saintis di Puspati (Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail, kini AELB) dan pensyarah di UKM.

Apa yang menghairankan adalah, walaupun Che Rosli memberi pandangannya dari sudut saintifik, apakah dia tidak mengetahui kesan pencemaran yang telah berlaku di Bukit Merah, Taiping, Perak pada 1992 dulu?

Mustahil dia tidak tahu, atau sengaja buat-buat tak tahu.

Orang yang bekerja di AELB atau pusat tenaga atom kebanyakkannya telah diberikan pendedahan songsang, iaitu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) adalah badan tertinggi yang mengawal selia projek berkaitan nuklear di dunia.

Sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya, IAEA ditubuhkan untuk mempromosi tenaga nuklear dan meyakinkan masyarakat dunia bahawa nuklear suatu bentuk tenaga yang selamat dan kos murah.

Ramai di antara kita terkeliru dengan status IAEA yang dana utamanya adalah meluluskan sesebuah projek nuklear atau atom dengan membayar royalti kepada mereka sebelum sesuatu projek nukelar dapat dibangunkan.

Jadi dengan fakta ini, adalah mustahil Che Rosli tidak tahu walaupun atas sebab kapasitinya sebagai bekas pakar atom tidak tahu permainan licik dan tipu helah TV3 terutamanya Karam Singh Walia yang cuba memutar belit kenyataan setiap temuramah dengan pimpinan Pakatan Rakyat.

Saya beranggapan Che Rosli sepatutnya berunding dengan Lajnah Harian PAS sebelum menerima pelawaan TV3 yang diketahui sangat "berbisa".

Ini adalah pengajaran berguna buat Che Rosli yang sebenarnya "terkena sindrom KKS - Kurang kasih sayang" dalam PAS sendiri lantaran hubungannya dengan geng YuGi masih erat dan utuh.

Tindakan Fuziah Salleh menyaman TV3 sepatutnya dipuji dan Che Rosli juga boleh berbuat demikian sekiranya temuramah dia dengan TV3 sah diputar belitkan.

Kita tunggu apa penjelasan Che Rosli dan "niat tersembunyi" di sebalik isu ini.

JALAN PULANG


No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!