BlogList Malaysia

17 July 2018

Kelibat Lelaki Misteri Di Dewan Negara Cetus Tanda Tanya



Jika semalam, Dewan Parlimen digamatkan dengan tindakan blok pembangkang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat protes dan keluar beramai-ramai daripada Dewan Rakyat ketika proses angkat sumpah ahli parlimen, hari ini persidangan Dewan Negara juga turut menyajikan kisah yang tersendiri, tetapi lebih misteri.


Ia bermula apabila daripada beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa di laman rasmi Twitter miliknya. Hasil dua daripada tiga keping gambar yang dikongsi beliau pantas menarik perharian netizen yang tertanya-tanya dengan sosok lelaki misteri yang terakam di dalam gambar yang sama.

Imej lelaki misteri tersebut dilihat berada di belakang salah seorang lelaki. Namun berdasarkan gambar tersebut, kami mendapati hanya bahagian kepala lelaki misteri tersebut sahaja yang kelihatan.


Tweet itu pada asalnya dimuat naik oleh beliau sebagai ucapan tahniah kepada semua senator-senator lantikan baru yang mengangkat sumpah di Dewan Negara.

”Tahniah kepada semua senator-senator lantikan baharu yang mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara hari ini. Selamat menjalankan tugas untuk rakyat dan negara!,” katanya.

Namun yang nyata, netizen lebih memberi tumpuan terhadap imej lelaki misteri tersebut berbanding menyambut keterujaan yang hendak dikongsikan oleh KSU tersebut.

”Siapa belakang tu Tan Sri,” soal seorang netizen.

Namun ada juga beberapa orang netizen tampil dengan beberapa jawapan antaranya menyatakan bahawa lelaki misteri tersebut mungkin tetamu senator dalam majlis tersebut.

”Itu tetamu senator,” kata seorang netizen yang lain.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas