BlogList Malaysia

07 July 2018

Jho Low Mohon Suaka Politik



Ahli perniagaan, Jho Low yang kini sedang diburu pihak berkuasa mungkin telah meninggalkan Macau atau telah mendapat suaka daripada wilayah itu, lapor South China Morning Post (SCMP) hari ini.

Akhbar harian Hong Kong itu menyebut, maklumat daripada pihak keselamatan dalaman mengatakan Low mungkin menjadikan hab perjudian itu sebagai tempat berlindung daripada buruan pihak berkuasa untuk melakukan ekstradisi terhadapnya..

Sumber dalaman memberitahu SCMP tempoh maksimum selama 30 hari yang dibenarkan ke atas Low untuk tinggal secara sah telah berlalu.

Oleh itu, satu-satunya pilihan yang ada bagi Low adalah meminta suaka dengan pihak berkuasa imigresen.

"Khabar angin mengatakan Jho Low menghabiskan masa di Macau telah tersebar selama lebih sebulan lalu dan ini masuk akal kerana walaupun Malaysia mempunyai perjanjian bantuan guaman bersama (MLA) dengan Hong Kong Kong, tetapi mereka tidak mempunyai perjanjian dengan Macau," lapor SCMP memetik sumber keselamatan dalaman.

"Bagaimanapun, dia tidak boleh tinggal di Macau selama lebih dari 30 hari, dan jika dia keluar masuk untuk kali ketiga, kerajaan akan menghalaunya keluar.

Menurut akhbar itu, tujuh minggu merupakan tempoh maksimum Jho Low boleh tinggal di wilayah itu namun tempoh itu telah berlalu.

"Dia tidak boleh berada di Macau lagi. Kecuali dia telah meminta suaka, " akhbar itu melaporkan sumber tersebut sebagai berkata.

SCMP berkata pihak berkuasa imigresen Macau masih belum menjawab pertanyaan mereka mengenai perkara itu.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas