16 December 2016

Zahid Hamidi: Jika Tun M Tak Puas Hati Sila Menghadap Agong



Pembatalan undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ke istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara bukan atas arahan Pejabat Perdana Menteri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, beliau telah membuat semakan terhadap pembatalan undangan kepada bekas perdana menteri itu dan mendapati urusan tersebut adalah di bawah kuasa Istana Negara.

"Bahagian istiadat hanya menerima arahan, kalaupun tidak titah bagi pembatalan itu. Jangan salahkan bahagian istiadat Jabatan Perdana Menteri atau Pejabat Perdana Menteri sendiri.

"Kalau tidak berpuas hati sila menghadap (Yang di-Pertuan Agong) untuk mendapatkan penjelasan, jangan salahkan orang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Imigresen, di Putrajaya hari ini.

Pada 7 Dis lepas, surat daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kepada Dr Mahathir yang membatalkan undangan ke istiadat tersebut tersebar di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

- Bernama


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas