BlogList Malaysia

14 December 2016

Nik Abduh: Kalau MCA, DAP Boleh Bersatu, Kenapa Tidak PAS-UMNO



KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan tidak salah untuk parti itu dan UMNO bersatu menyokong Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) (Akta 355) yang bertujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara.

"Kalau DAP dan MCA boleh bersatu hati menentang rang undang-undang itu, apa salahnya PAS dan UMNO bersatu juga dalam isu yang sama," katanya menerusi entri di Facebook rasminya. Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut menimbulkan persoalan adakah penyatuan kedua-dua parti Melayu yang mewakili masyarakat Melayu Islam terbesar itu boleh dikaitkan dengan kerajaan perpaduan atau isu dedak.

"Bahkan PAS dan ramai NGO (badan bukan kerajaan) Islam sepakat untuk menyeru seluruh ahli Parlimen Muslim supaya menyokong rang undang-undang ini. Ia adalah hari besar untuk Islam di Malaysia.

"Jika ada ahli Parlimen bukan Islam turut menyokong, maka ia adalah bonus besar buat penyatuan dan kesejahteraan negara yang wajar dirayakan juga. "Seperti saya tekankan di atas, sebagaimana UMNO memerlukan masa untuk memahami, MCA dan DAP lagi-lagilah memerlukan masa. PAS sentiasa mencadangkan dialog dan perbincangan yang sejahtera dan terbuka. Ia sidaj lama berlaku dan akan terus berlangsung insya-Allah," katanya.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh berkata, demokrasi dan kebenaran tidak memerlukan konsensus, sebaliknya hanya memerlukan suara majoriti yang benar dan bebas supaya kebenaran terlaksana di mana-mana pun di dunia ini.

Beliau berkata, MCA dan DAP, dua parti didominasi bukan Islam mempunyai dua matlamat yang sama iaitu memastikan berkembangnya arus sekular yang menolak peranan agama dalam politik negara dan keduanya saling berebut undi bukan Islam. "Dengan membesarkan isu pelaksanaan hukum hudud melalui rang undang-undang ini, mereka cuba menggambarkan masa depan Malaysia yang gelap jika ia diluluskan.

"Saya tidak fikir pula jika hak dan tuntutan golongan LGBT diterima dalam negara, kedua-dua parti ini akan bersatu hati menentangnya. "Dalam erti, memperkasakan perundangan Islam dalam negara adalah lebih bahaya dan menggelapkan masa depan negara berbanding kehadiran golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang sedang berkembang menghancurkan dunia barat kini.

"Apapun, saya memilih untuk melihatnya sebagai kejahilan yang perlu dilunakkan dengan proses pemahaman yang menagih sedikit masa. "Pemerkasaan sistem Islam yang menyeluruh dalam negara asalnya adalah perjuangan PAS yang tidak dikongsi oleh mana-mana parti politik sebelum ini," katanya.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas