BlogList Malaysia

10 March 2014

Vietnam belum jumpa objek dipercayai pintu MH370



SHAH ALAM 10 MAC: Pasukan pencari dan penyelamat Vietnam melaporkan masih tidak menumpai objek empat segi yang dilihat pada petang Ahad dipercayai pintu pesawat MH370 yang hilang dua hari lepas.

Ketua Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat Vietnam, Doan Huu Gia, yang dipetik dari Associated Press (AP), berkata pada Isnin menyatakan enam pesawat dan tujuh kapal laut dari Vietnam mencari objek empat segi itu tetapi masih sehinggan berita ini dilaporkan pada jam 11.00 pagi belum menjumpai sebarang petanda.

Sebelum ini, pasukan pencarian Vietnam melaporkan penemuan apa yang mereka percaya sebagai pintu dan ekor pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak Sabtu pagi.

Bahagian itu kemungkinan pintu dalam komposit dan sebahagian ekor pesawat, lapor The Wall Street Journal.

Dilaporkan bahagian itu ditemui 50 batu daripada Barat daripada Daya Pulau Chu di Vietnam Selatan.

Dikatakan juga Vietnam tidak dapat mendaratkan pesawat air berdekatan kawasan itu untuk mengesahkan sama bahagian itu berpunca daripada pesawat yang hilang.

Dalam pada itu, Australia pada pagi Isnin menghantar pesawat RAAF kedua dari Darwin.

Australia menghantar RAAF AP-3C Orion pada malam Ahad dan pesawat kedua berlepas dari Darwin pada 8.30 pagi (AEDT) pada Isnin, menurut Australian Associated Press.

Marshal Udara Mark Binskin berkata pesawat mengawal maritim dan pemantauan jarak jauh dilengkapi dengan alat pengesan yang sesuai dengan operasi.

Terdapat 18 anak kapal Australia di setiap jet RAAF.

Enam rakyat Australia dan dua New Zealand, seorang yang tinggal di Perth berada di dalam pesawat MAS yang hilang di Laut China Selatan awal pagi Sabtu, sejam selepas penerbangan yang sepatutnya mengambil masa enam jam dari Kuala Lumpur ke Beijing.

http://bm.selangorku.com/46346/vietnam-belum-jumpa-objek-dipercayai-pintu-mh370/

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas