12 November 2013

Syed Mokhtar tamak ambil Bernas untuk keuntungan sendiri

Datuk Bung Mokthar Radin (BN-Kinabatangan) hari ini menjadikan jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai sasaran kritikannya kerana didakwa memonopoli semua jenis perniagaan.
Syed Mokhtar akan menjadikan syarikat yang dirintisnya untuk menjalankan apa saya perniagaan yang wujud di dunia ini, dakwanya.
Jutawan itu menjalankan perniagaan di laut, di darat dan juga di udara, katanya ketika dalam satu sesi perbahasan di Dewan Rakyat.
Malah, Syed Mokhtar juga akan menjalankan perniagaan di kubur jika beliau boleh berbuat demikian, kata Bung Mokhtar lagi.


Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengambilalihan syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary hanya menguntungkan taikun Melayu tersebut lapor The Malaysian Insider.

Ketua Pembangkang itu berkata, penguasaan Syed Mokhtar dalam Bernas terpesong dengan niat asalnya untuk membela nasib petani dan memastikan keperluan beras negara dipenuhi.

“Kita patut ingat niat asal penswastaan Bernas bukan sahaja untuk memastikan keperluan beras negara dipenuhi.

“Tetapi untuk memastikan petani, pengedar Bumiputera dan pekerja Bernas mendapat manfaat daripada milikan ekuiti penswastaan tersebut,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, berbeza pada 1995 iaitu sebanyak 45 peratus pegangan Bernas menjadi milik petani dan staf Bernas, syarikat padi tersebut kini hanya dikuasai oleh seorang individu sahaja iaitu Syed Mokhtar.

“Hingga hujung 2009, milikan ini mulai dibeli seorang individu bernama Syed Mokhtar melalui syarikat-syarikat miliknya (Gandingan Bersepada Sdn Bhd dan Tradewinds) menyebabkan beliau memiliki 53.7% Bernas,” katanya.

Anwar berkata, pengambilalihan oleh taikun Melayu itu sememangnya sudah dijangkakan kerana beras merupakan makanan ruji utama rakyat negara ini.

“Bernas memang sasaran pengambilalihan mana-mana individu yang sangat kaya.

“Apabila diambil kira keuntungan yang sihat, monopoli Bernas ke atas lesen AP import beras dan realiti bahawa beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia, individu yang sangat kaya pasti mengidamkan syarikat sebegini,” katanya.

Sehingga 2012, Bernas memperoleh keuntungan sebanyak RM3.6 bilion dan dijangka meningkat hingga RM3.9 bilion pada 2015, menurut ramalan hasil yang dijalankan oleh Maybank Research.

Anwar mendakwa, Syed Mokhtar seorang yang tamak sebaik sahaja kerajaan memanjangkan mandat Bernas merangkumi pengurusan bekalan beras negara dan monopoli pengimportan beras dari 11 Januari 2011 hingga 10 Januari 2021.

“Beliau (Syed Mokhtar) semakin tamak.

“Tawaran pembelian Bernas pada RM 3.70/saham dibuat pada penghujung Februari 2013 melalui syarikat-syarikat lain miliknya iaitu Perspective Lane (M) Sdn Bhd, Kelana Ventures Sdn Bhd, Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd dan Acara Kreatif Sdn Bhd,” katanya.

Anwar kemudian mengecam Syed Mokhtar sebagai seorang “oportunis” kerana langkah pengambilalihan tersebut bertujuan menguntungkan dirinya sahaja.

“Kami kecam pengambilalihan baru-baru ini yang bersifat oportunis oleh Syed Mokhtar sebagai satu langkah mengambil alih sepenuhnya Bernas pada ketika monopoli Bernas ke atas pengimportan beras dilanjutkan hingga 2021 kerana tindakan ini akan menguntungkan satu individu tertentu, iaitu Syed Mokhtar sendiri,” katanya.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas