15 September 2013

Ulama Pas Jangan 'Perasan'

Rakyat sokong Pas kerana kerjasama dalam PR - Prof Dr Agus

Penganalisis politik berpendapat sokongan rakyat terhadap Pas yang ditunjukkan dalam pilihan raya bukan disebabkan parti itu tetapi kerjasama bersama perikatan PR.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, Pas tidak akan mendapat sokongan orang Melayu sepenuhnya sekiranya bergerak sendiri dan bergabung dengan parti lain.


Menurutnya, peningkatan kekuatan Pas adalah berdasarkan kerjasama yang dijalinkan bersama PKR dan DAP.

Nuffnang Malaysia | The World's Leading Blog Advertising ...

"Kumpulan Ulama Pas ini tidak sedar ialah Pas mendapat pertambahan bilangan kerusi dalam pilihan raya (PRU13) lalu bukanlah disebabkan kekuatannya bertanding sendirian, namun pakatan di antara parti itu dengan beberapa parti pembangkang yang lain.

"Sejak keluar dari BN pada 1978, politik Pas tenggelam.

"Pas cuma kembali pulih dalam persada politik negara apabila bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah dalam PRU 1990, Barisan Alternatif pada tahun 1999 dan PR pada tahun 2008 dan 2013," katanya kepada Sinar harian Online, hari ini.


Semalam, resolusi Mulataqa Ulama Pas meluluskan supaya Pas melihat semula kerjasama politik bersama pakatan pembangkang serta menyarankan agar negeri-negeri yang ditadbir pembangkang memberi ruang munasabah kepada ulama haraki Pas.

Mulataqa juga mahu ulama haraki Pas mengukuhkan gerak kerja menghadapi dan menangani pemikiran yang merosakkan umat Islam.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, ia wajar berikutan kebelakangan ini berlaku pelbagai perkara yang melemahkan Pas selain merosakkan hubungan dalam tahaluf siyasi itu sendiri.

"Saya harap Pas Pusat segera menubuhkan jawatankuasa khas untuk kaji dan menilai semula kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Pas termasuk tahaluf siyasi terutama dengan PR dan sejauh mana ia menguntungkan Pas," katanya.

Dalam pada itu, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kajian semula tahaluf siyasi itu boleh memecahkan PR dan Pas.

Katanya, walaupun kemungkinan Pas mengambil keputusan itu disebabkan keputusan PRU13 lalu yang kurang memberangsangkan, namun untuk Pas bergerak sendiri agak sukar.

"Itu memang hak parti masing-masing, namun jika perkara ini teruskan PR akan pecah dan musnah.

"Mungkin juga Pas mahu kembali menggunakan cara lama, iaitu bergerak sendiri untuk mendapatkan undi Melayu tetapi ia agak sukar," jelasnya.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas