22 September 2013

Hanya Di Malaysia - Wartawan Dikejar Warga Bangladesh..

KUALA LUMPUR - Paparan sisipan X-klusif mengenai kebanjiran warga asing mendominasi kawasan-kawasan tertentu di Lembah Klang yang disiarkan Rabu lalu, mendapat pelbagai reaksi pembaca.

Pejabat operasi Sinar Harian di Shah Alam, dihujani panggilan telefon daripada pembaca yang rata-ratanya memuji usaha meninjau kawasan terbabit.


Semalam, sekali lagi wartawan dan jurufoto Sinar Harian melakukan tinjauan di Jalan Silang, sebaik menerima maklumat terdapat aktiviti perjudian di kalangan warga asing di salah sebuah kedai makan di situ.

Bagi mendapatkan kesahihan itu, kami menyelinap masuk ke dalam kedai makan dimaksudkan oleh orang yang memberi maklumat.

Selepas hampir satu jam menunggu, sekumpulan lelaki warga Bangladesh berusia antara awal 30-an dan 40-an muncul dan duduk di meja berhampiran.

Kumpulan itu dilihat bersembang selama beberapa minit sebelum salah seorang daripada mereka menyusun buah dam.

Gerak-geri mereka diperhatikan oleh wartawan Sinar Harian. Ternyata sangkaan mereka mahu bermain dam meleset apabila salah seorang daripada warga Bangladesh yang agak tua mula mengeluarkan wang secara sembunyi-sembunyi dari bawah meja.

Jurufoto Sinar Harian cuba merakamkan gerak-geri kumpulan warga Bangladesh itu, namun tidak berjaya kerana mereka bijak menyembunyikan wang terbabit, namun selepas beberapa ketika, kehadiran kami mula disedari mereka.

Ketika itu wartawan, Ahmad Ismadi Ismail dan jurufoto, Zulfadhli Ahmad Zaki berhadapan detik cemas apabila kumpulan terdiri daripada lima lelaki warga Bangladesh itu bangun dari kerusi dan berkata sesuatu dalam bahasa mereka, sebelum bertindak mengejar kedua-dua mereka.

Mereka terpaksa melarikan diri sejauh kira-kira 100 meter dan bersembunyi di salah sebuah restoran makanan segera selepas melihat kelima-lima lelaki Bangladesh itu memegang senjata seperti pisau lipat.

Selepas keadaan reda, wartawan dan jurufoto bergegas keluar dari kawasan berkenaan.

Sementara itu, jejambat di Kampung Pandan Dalam dekat sini turut menjadi lokasi tumpuan warga asing berkumpul.

Seperti di Jalan Silang, kawasan bawah jejambat itu turut dijadikan 'port' bermain judi secara terbuka selain aktiviti tidak sihat lain. - SH

1 Komen :

no2azeezrahim September 22, 2013 at 5:34 PM  

Salam tuan, mohon tuan pautkan link blog saya pada blog tuan , http://no2azeezrahim.blogspot.com/ . Dan link blog tuan saya telah pautkan di blog saya. Terima kasih.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas