26 August 2013

Umno Kedah Layan Kami Seperti Anjing

Keluhan pekerja Kuin Holding.....

Salam Tuan, saya adalah diantara rakyat Kedah yang dicabuli hak gaji kami. Dah 3 bulan gaji kami ditangguh. Saya dah cuba hubungi UMNO Kedah, Pemuda UMNO, UMNO Bakar Bata dan juga Pejabat MB sendiri.

Sayangnya semua lepas tangan, pakat passing saya sana kemari. Padahal dulu kata UMNO memang Kedah senang. Saya bukan nak cari salah sapa-sapa. Saya cuma nak hak saya. Saya sedih sangat dilayan oleh "pembela rakyat" sebegitu rupa.


Macam kami ni sampah dipandangan mata mereka. Kami bukannya p goyang kaki kat opis, kerja tungging terbalik sebagai kuli. Tiba-tiba hak kami diragut dan direntap.

Raya dan puasa kami penuh berduri. Bukan kami berkira sangat baju raya kuih raya apa semua. Kami tak perlu pun semua tu, tapi sampaikan nak makan pun kena ikat perut ni tuhan saja yang tau.

Kami ni diibaratkan sampah, diibaratkan anjing jalanan. Tak ada sapa nak ambil tau nasib kami. Walhal bukannya kami melakukan apa-apa jenayah pun. Balasannya kami dizalimi setelah undi diberi.

Saya teramat sedih dan kesal dengan perkara ni. Bukan kami duk diam tunggu penyelesaian dari MB. Tapi dah berapa kali kami cuba hubungi cuba cari jalan supaya boleh berjumpa dengan dia atau sapa-sapa yang bertanggungjawab.

Sayangnya hak kami dicabuli di negeri sendiri. Terasa macam pendatang asing pulak. Hanya tuhan saja yang tau seksanya terputus rezeki bergaji merenung mata anak bini bagi sesuap nasi.

Saya dengan ini akan memberikan kerjasama yang tidak terhingga kepada mana-mana usaha untuk menyelesaikan masalah ini.

http://pkrl.blogspot.com/2013/08/panas-kakitangan-kuin-holding-hanya.html

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas