11 June 2013

Speaker Pandikar Amin Mulia berat sebelah – Surendran

KUALA LUMPUR 11 JUN: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, Speaker Dewan Rakyat melanggari undang-undang apabila mengancam akan memulaukan majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada sesi kali ini.

Katanya, kenyataan Tan Sri Pandikar Amin Mulia itu bersifat berat sebelah dan mencerminkan betapa tidak demokratik dan diktatornya pemerintahan BN.

“Ancaman itu menyalahi undang-undang dan terang-terangan melanggar Perintah Tetap Dewan Rakyat dan Perlembagaan Persekutuan.


“Di bawah Perintah Tetap, Setiausaha Dewan Rakyat adalah terikat untuk mengendalikan sumpah kepada mana-mana Ahli Parlimen yang belum lagi bersumpah,” katanya pada kenyataan.

Menurut Surendran, sebagai Speaker, Pandikar Amin tidak mempunyai sebarang hak dan kuasa untuk menolak dari menghadiri majlis angkat sumpah Ahli Parlimen, seperti yang tertulis dalam peraturan 5(2).

“Ia adalah mengejutkan dan tidak pernah berlaku bagi Speaker untuk membuat ancaman tersebut. Tidak sewajarnya dilakukan kepada Ahli Parlimen yang dipilih rakyat,” kata Ahli Parlimen Padang Serai itu.

Pada sesi taklimat kepada Ahli-Ahli Parlimen hari ini, Pandikar Amin membayangkan akan memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Pakatan dikatakan akan memboikot majlis angkat sumpah sidang pertama Parlimen bagi penggal ini pada 24 Jun sebagai tanda protes terhadap sistem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) yang didakwa dicemari penipuan.



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas