12 June 2013

Najib Ditekan Supaya Tendang Semua Macai Disekelilingnya

Kesemua pembantu politik kepada Datuk Seri Najib Razak akan digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan meletakkan kepentingan diri melebihi perdana menteri dalam langkah dilihat untuk menyingkirkan tunggul-tunggul tidak berguna dari pejabat beliau menjelang pemilihan Umno tahun ini, kata sumber-sumber dari Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider.

Dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya 5 Mei, Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang telah diserang oleh penulis-penulis blog Umno dan pengkritik pro-kerajaan kerana kekalahan memalukan mereka dalam pilihan raya umum ke 13.


Kelima-lima dilihat oleh ahli strategi “bilik perang” Najib mempunyai peluang terbaik untuk menang membantu gabungan pemerintah itu mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen yang mereka hilang semasa Pilihan Raya 2008.

Akan tetapi penulis-penulis blog Umno telah mengecam Najib kerana membenarkan pembantu-pembantunya untuk bertanding, berhujah kelima-lima lelaki itu mempunyai sedikit sokongan akar umbi di kawasan pilihan raya mereka.

BN menang 133 kerusi daripada 222 anggota Dewan Rakyat dan Umno, tunjang kepada gabungan itu mendapat 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013 – meningkat sembilan kerusi berbanding 2008.Akan tetapi sesetengah veteran parti telah menyalahkan prestasi kurang memberangsangkan parti itu dan BN kepada ahli strategi “bilik perang” Najib, dan memberikan petunjuk perdana menteri mungkin ditunjukkan pintu keluar jika tidak menyingkirkan ahli strateginya kerana nasihat buruk.

Dua pegawai khas Najib, Shahlan dan Latt Shariman,
dikalahkan oleh calon PAS di Kedah, walaupun BN berjaya merampas semula negeri jelapang padi itu dari Pakatan Rakyat (PR).

Shahlan kalah dengan 3,935 undi kepada Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Latt Shariman dikalahkan oleh Mohd Nasir Mustafa dengan 1,044 undi di kerusi Dewan Undangan Rakyat (DUN) Kubang Rotan.Mohd Shafei yang merupakan setiausaha politik Najib di Kementerian Kewangan, kalah kepada Datuk Dr. Tan Kee Kwong dari PKR dengan 5,511 undi di kerusi Parlimen Kuala Lumpur, lebih besar dari kekalahan 2008.

Mohamad Fatmi dan Mohamed Suffian
masing-masing kalah di kerusi Parlimen Kota Baru dan Kuantan.Penyingkiran mereka yang kalah, adalah petanda pertama Najib serius menyingkirkan penasihatnya, ramai telah dipersalahkan kerana salah baca akar umbi menjelang pilihan raya paling sengit itu.

Bilik perang BN ditugaskan untuk memilih calon dan memberikan beberapa nasihat tentang strategi untuk menang pilihan raya.Diantara ahli bilik perang BN termasuklah ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Pengerusi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Datuk Seri Alies Anor Abdul, Pengarah Petronas Omar Mustapha Ong, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan bekas menteri Datuk Seri Idris Jusoh sebagai sebahagian daripada ahlinya.

Bilik perang meramalkan BN akan menang diantara 145 hingga 150 kerusi Parlimen dan akan merampas kembali Selangor dalam Pilihan Raya 2013 walaupun sesetengah pemimpin kanan BN meragui angka itu.

Pada tengah hari hari mengundi, bilik perang mengeluarkan “senarai putih” 118 kerusi dijamin menang akan tetapi sesetengahnya seperti Pasir Mas, Shah Alam dan Lembah Pantai kalah, dimana sebahagian ketua bahagian Umno mengatakan terdapat jurang diantara kepimpinan dengan akar umbi.

Perdana menteri keenam turut diberi tekanan dari Umno untuk menjauhkan dirinya daripada perancang bilik perang seperti Alies Anor, Omar dan Jamaluddin, kata sumber dalaman parti kepada The Malaysian Insider.

Beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dua hari lalu bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013 menegaskan mahu memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penganalisis dan pemerhati politik telah mengatakan kepimpinan Najib dalam Umno mungkin akan dicabar dalam pemilihan akhir tahun ini, yang boleh menggugat kedudukannya untuk mempimpin gabungan 13 parti itu sekaligus kehilangan jawatan.

-The Malaysian Insider


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas