BlogList Malaysia

08 June 2013

Mukhriz Sudah Mula Merencana Masa Depan Politiknya

Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bersedia melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah jika diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), berkata, kedudukannya itu diserahkan kepada presiden parti atau majlis tertinggi untuk membuat keputusan.


“Saya tengok selepas pemilihan parti, jawatan itu akan diputuskan oleh presiden dan kemungkinan ada perubahan. Saya memahami di mana-mana pun keadaan itu berlaku.

“Saya memang dari dulu lagi bersedia, kita mesti memahami kedudukan bila semuanya sudah selesai selepas pemilihan di peringkat bahagian dan menteri besar pun kita ada.. jadi saya bersedia,” katanya kepada media selepas sambutan ulang tahun pertama kelahiran cucunya, Ameer Farish Fairuz di kediamannya, di sini semalam.

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Adun Bakar Bata, berkata Umno Kedah bersetuju jika parti mengambil langkah mengekalkan jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan kali ini.

“Saya amat bersetuju supaya kedua-dua jawatan itu tidak ada pertandingan. Kita harus kekalkan presiden dan timbalan presiden agar mereka terus menjalankan tugas dan tanggungjawab memantapkan parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kita perlu tunjukkan perpaduan dalam Umno selepas PRU13 dan ia mesti berada dalam keadaan kuat. Jika berlaku pertandingan jawatan berkenaan, sedikit sebanyak ia boleh menjejaskan kekuatan kita,” katanya.

Ditanya cadangan untuk mengekalkan jawatan presiden dan timbalan presiden kemungkinan akan dikecam pembangkang, Ahmad Bashah berkata, mereka (pembangkang) tidak perlu masuk campur hal dalaman Umno.

“Kalau mereka kata langkah ini sebagai diktator, mereka lebih dahsyat lagi diktatornya. Jadi mereka tak boleh tuduh apa-apa kerana ini hak Umno dan kita buat keputusan untuk kepentingan parti.“Saya akan bawa usul ini dalam mesyuarat perhubungan negeri untuk kita buat keputusan dan minta rakan-rakan dalam parti bersetuju,” katanya.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata jawatan presiden dan timbalan presiden Umno wajar dipertandingkan pada perhimpunan agung Oktober ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, jawatan itu perlu dipertandingkan kerana Umno mengamalkan demokrasi.





Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas