08 June 2013

Menjadi-jadi merapu si Maharasis ni..

Cina hapus politik Melayu, kita nak ketawa atau menangis?

KUALA LUMPUR: Apakah kita patut bersedih atau ketawa dengan kenyataan perkauman terbaru Tun Mahathir yang tidak masuk akal bahawa kaum Cina mahu menghapuskan kuasa politik Melayu dan mendominasi politik Malaysia?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.


“Kita boleh menangis mengenangkan betapa bekas Perdana Menteri itu begitu rasis, cuai, dan tidak bertanggungjawab kerana terus melaga-agakan orang Melayu dengan Cina,” ujarnya.

Lim berkata, kenyataan terbaru Mahathir itu jauh lebih tidak masuk akal jika dibandingkan dengan kenyataannya sewaktu PRU13 yang menyebut tujuan beliau bertanding di Gelang Patah ialah untuk mewujudkan ‘ketegangan kaum’ dan menghasut kaum Cina untuk membenci Melayu.

Tambahnya, tiada kebenaran walau sebesar zarah sekali pun pada dakwaan-dakwaan Mahathir.

“Kita perhatikan bahawa dakwaan Mahathir tidak memberi kesan pada para pengundi, khususnya para pengundi Melayu, memandangkan saya tidak mungkin menang dengan majoriti lebih 14,000 undi tanpa undi orang Melayu,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Justeru, beliau mempersoalkan apakah kegagalan Mahathir untuk memberikan dampak terhadap PRU13 dengan kenyataan-kenyataan perkaumannya menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan lebih rasis dan tidak masuk akal seperti kenyataan terbaru itu.

“Kita boleh ketawa melihat seorang bekas Perdana Menteri boleh mengambil tindakan yang sebegitu terdesak memandangkan mesej perkauman beliau semakin tidak mendapat sambutan di kalangan orang Melayu,” ujarnya.

Ini, katanya sehinggakan Mahathir terpaksa mengada-adakan pembohongan tentang kaum Cina di Malaysia yang hendak menghapuskan kuasa politik Melayu untuk menguasai politik Malaysia.

- Harakahdaily


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas