07 June 2013

Kata Dua Buat Najib?

PETALING JAYA 7 Jun: Peguam dan keluarga mangsa keganasan polis, C Sugumar memberi tempoh 48 jam kepada Datuk Seri Najib Razak agar membenarkan bedah siasat kedua dijalankan ke atas mayat mendiang.

Selain perdana menteri, desakan turut dibuat terhadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam agar membenarkan bedah siasat berkenaan dan bagi membolehkan keluarga Sugumar  menguruskan mayat mendiang.Peguam N Surendran berkata, kerajaan sebelum ini menafikan hak keluarga Sugumar apabila enggan membenarkan pakar patalogi Thailand, Dr Ponthip Rojanasunand  mengendalikan bedah siasat kedua.


Beliau berkata, minggu lalu, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur memaklumkan kepada keluarga mangsa bahawa mereka juga tidak boleh menjalankan bedah siasat itu, melainkan mendapat perintah mahkamah.

"Saya yakin  tuntutan seperti ini hanyalah cubaan untuk melengah-lengahkan keluarga mangsa daripada mendapat keadilan yang sewajarnya,” ujarnya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Katanya tindakan itu bertentangan dengan surat yang dikeluarkan Menteri Kesihatan bertarikh 5 Februari lalu yang menyebut bedah siasat kedua boleh dilaksanakan tanpa memerlukan perintah mahkamah. Hingga kini mayat  Sugumar diletak di bilik mayat Hospital Serdang selama 136 hari sejak kematiannya pada 23 Januari lalu.

Justeru katanya, Najib dan kerajaan diberikan dua pilihan iaitu samada membenarkan bedah siasat berkenaan dikendalikan Dr Pornthip atau menarik balik perintah mahkamah dan membenarkan pakar patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) atau pakar dari PPUM mengendalikan bedah siasat itu.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, A Kuppusamy menegaskan sekiranya kerajaan gagal memberi kebenaran bedah siasat tersebut, keluarganya akan mengebumikan mayat tanpa mengikut upacara agama Hindu.

"Saya akan kebumikan mayat mangsa sekiranya Najib gagal mengizinkan bedah siasat dilakukan. Adakah Perdana Menteri dahagakan darah? Biarkan dia ambil darah saya,” ujarnya.

Turut hadir Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa; Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya; Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi & Undang-undang KEADILAN, S Jayathas; ibu dan keluarga mangsa.Dalam kejadian di Hulu Langat Januari lalu, Sugumar yang juga pengawal keselamatan mati selepas dipukul sekumpulan individu dalam keadaan bergari, selepas dikejar beberapa anggota polis.Saksi mendakwa polis turut memijak tengkuk mangsa dan melumurkan mukanya dengan kunyit.

~keadilandaily


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas