BlogList Malaysia

15 February 2013

Sultan Selangor bersama rakyat atau bersama UMNO?

Berita di bawah memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk mengetahui kecondongan politik Sultan mereka.

Baca:

SETIU: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri Selangor tidak menghormati Sultan Selangor apabila bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Mei pada 25 Feb ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya dapatkan perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai pembubaran DUN.


“Cara Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) umumkan (cadangan pembubaran DUN) saya lihat seolah-olah beliau tak berapa reti hak kuasa mutlak beliau dan tak tahu hormati Sultan Selangor dalam hal ini.

“Mereka menganggap mereka berkuasa penuh dan cuba buat eksperimen mengenai hal pembubaran ini…,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai hasrat kerajaan negeri Selangor yang mahu membubarkan DUN lebih awal.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum itu menyampaikan elaun sara hidup bulanan kepada 389 nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat Penarik di sini hari ini.

Beliau berkata hasrat kerajaan negeri Selangor mengadakan pilihan raya berasingan dengan kerajaan pusat hanya akan membazirkan wang rakyat dan tenaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Noh turut mencabar Pengerusi DAP Karpal Singh menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat pada tahun 1997 yang mendakwa mempunyai bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri terlibat dengan aktiviti liwat.

Beliau berkata Karpal ketika itu mengutuk kerajaan, badan penguatkuasa dan Peguam Negara kerana tidak menyiasat Anwar.

“Kalau dia tak berani, dia memang hipokrit dan ada motif tertentu dalam usaha menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Selepas Anwar kini berada dalam pakatan pembangkang, Karpal pula yang beriya-iya menjadi hero dan peguam bela kepada Anwar?… pasti ada udang di sebalik batu,” katanya. - BERNAMA

P/S: Jika berlaku sebarang masalah kepada sistem beraja kerajaan Selangor, Datuk Seri Noh Omar adalah individu pertama yang harus dipersalahkan.

Sumber - mediaperak.net/



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas