02 February 2013

Kerajaan Selangor Buat Umno Pening Lagi..

Hasrat Penduduk Kg. Keretapi Miliki Geran Tanah Ditunaikan Kerajaan PR Selangor

KLANG, 2 FEB : Menunggu lebih 50 tahun, akhirnya impian Alias Ahmad,65, untuk memiliki geran tanah ditunai Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Alias AhmadBeliau antara 112 penduduk Lorong Bunga Raya. Kampung Keretapi yang menerima geran milikan tanah daripada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam satu majlis di sini.


Difahamkan, pemberian geran milikan tanah di kampung tersebut mencatat sejarah apabila ia menjadi kawasan pertama yang menerima pewartaan tanah rizab melayu di Klang sejak tahun 1955.

Alias menambah, penantiannya selama ini berbaloi setelah sekian lama hak milikan tanahnya dinafikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Katanya, beliau pernah beberapa kali memohon kepada Kerajaan Negeri yang ditadbir Umno-BN sebelum ini untuk mendapat hak milikan tanah.

Namun menurutnya, pemimpin Umno-BN terdahulu sering menabur’janji manis’ untuk menyerahkan hak milik tanah kepada penduduk setiap kali menjelang pilihanraya, namun hasrat itu tidak pernah ditunaikan.

“Alhamdulillah, Kerajaan PR Selangor mendengar masalah rakyat dan cuba membantu sedaya-upaya untuk memberi geran tanah kepada penduduk di kawasan ini. Saya benar-benar bersyukur,” katanya.

Noor Aisah ZakariaSeorang lagi penduduk, Noor Aisah Zakaria, 45, pula menyifatkan pemberian geran tanah itu akhirnya memenuhi impian yang ditunggu lebih 25 tahun lalu.

Beliau yang pada mulanya menganggap ia sekadar janji politik mula merubah persepsi sebaik sahaja janji tersebut berjaya dilaksanakan Kerajaan Negeri.

“Saya sangat gembira dan bersyukur atas pemberian milikan tanah ini. Tiada apa yang mampu saya ungkapkan selain ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kerajaan PR Selangor berjaya buktikan keprihatinan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Halimah ketika ditemui berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk menyelesaikan isu permohonan hak milik tanah yang berlarutan sejak pentadbiran Umno-BN dahulu.

Beliau berkata, sasaran Kerajaan Negeri selepas ini adalah untuk menyerahkan geran milikan tanah kepada lebih 100 penduduk di Kampung Sungai Sireh.

“Mereka ini bertahun-tahun memohon dan menjadi peneroka di sini, malah ada di kalangan mereka yang meninggal dunia. Proses untuk mendapatkan geran ini begitu rumit kerana tanah yang didiami penduduk adalah tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM), namun kabinet menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri.

“Saya memantau masalah ini dan kebanyakan daripada mereka menunggu lama. Alhamdulillah hasil usaha berterusan, geran itu akhirnya dimiliki oleh penduduk setelah menunggu lama,” katanya.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas