03 February 2013

18 Kerusi Parlimen Di Sabah Dalam Genggaman Pakatan Rakyat

AMPANG: Bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong yakin Sabah akan membentuk kerajaan baru dari Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) nanti. Beliau yakin Pakatan akan menang 18 kerusi parlimen di Sabah yang mana 13 kerusi adalah dari kawasan Kadazan, Dusun, Murut dan Cina (KDMC) dan lima lagi kerusi Bumiputra Islam.

Yahya yang merupakan orang Bajau pernah menjadi timbalan menteri ketika Tun Dr Mahathir adalah perdana menteri.


Beliau adalah penyokong kepada Tun Datuk Mustapha ketika itu pernah menjadi anggota Parlimen dan Adun Sabah beberapa kali.

Hari ini beliau berucap dalam Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS bersama tokoh-tokoh yang baru menyertai PAS.

“Saya berkeyakinan penuh pada pilihanraya kali ini Sabah akan menyumbangkan 18 kerusi parlimen dari kawasan KDMC.


(Tokoh-tokoh baru PAS bertakbir bersama dalam himpunan hari ini)

“Di Sabah kita telah kena pasti majoriti pengundi Cina sudah menolak Barisan Nasional dan mereka memberi sepenuhnya sokongan kepada kita (Pakatan),” jelas beliau.

Menurutnya lagi, rakyat Sabah kecewa apabila tidak bersama-sama negeri di semenanjung pada 2008 membentuk kerajaan yang baru.

“2008 kita sepatutnya telah bersama-sama membentuk kerajaan baru di peringkat negeri.

“Kali ini pada PRU13 saya yakin perubahan besar akan berlaku dan menjamin perubahan kerajaan akan berlaku,” tambah beliau lagi.

Yahya yang menjelaskan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang telah berjaya mengabungkan semua kaum untuk duduk bersama.

Tindakan inilah yang telah menyebabkan rakyat Sabah semakin berani untuk membuat perubahan tampuk pemerintahan, jelas beliau di Hotel De Palma hari ini.

http://www.kl-today.com/2013/02/yahya-yakin-pakatan-dapat-18-kerusi/


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas