26 January 2013

"Ya, saya akan hadapi saman Zahid Hamdi"

26 Jan — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) tidak akan tarik balik kenyataannya berkenaan Kementerian Pertahanan menggunakan dana awam untuk membeli saham Astacanggih, milik peniaga permaidani Deepak Jaikishan berharga RM30 juta dan membeli tanah Raja Roopiah bernilai RM160 juta di Bukit Raja.

Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, rakyat Malaysia secara umumnya sudah mengetahui kes ini dan beliau sedia ke mahkamah menghadapi saman dari Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Ya, saya akan hadapi saman tersebut. Saya akan go through dengan lawyer saya mengenai isu ini," kata Rafizi.


Semalam, Ahmad Zahid berkata beliau akan menyaman Rafizi berkenaan tulisannya di dalam blognya, yang didakwa berunsur fitnah, palsu dan tidak benar.

Saman itu dikemukakan berhubung artikel yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan.

Ahmad Zahid selaku plaintif berkata, perkataan tersebut antaranya membawa maksud beliau tidak kompeten, salah guna kuasa sebagai Menteri Pertahanan dan tidak jujur.

Menteri Pertahanan itu antaranya menuntut ganti rugi am dan khas bagi fitnah bertulis, ganti rugi teladan dan melampau serta menarik balik sepenuhnya kata-kata fitnah itu.

Pengarah strategi PKR itu berkata, beliau bersedia untuk ke mahkamah agar semua dokumen yang terlibat dapat disapina di mahkamah.

“Kalau dia saman saya, baguslah, kita boleh sapina semua dokumen nanti.

“Apa yang saya katakan, beliau selaku Menteri Pertahanan harus bertanggungjawab kepada dana awam,” kata Rafizi lagi.

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas