27 January 2013

Nasharuddin Seronok Media Arab Puji Najib

Dalam kenyataanya, Nasharuddin Mat Isa berkata, lawatannya ke Gaza dalam rombongan Perdana Menteri, tidak ada kena-mengena dengan politik sebaliknya sebagai menunjukkan keprihatinan kepada umat Islam yang sedang ditindas di Palestin.

Dia juga tidak berhajat untuk memberikan penjelasan kepada kepimpinan tertinggi PAS berhubung pemergiannya ke Gaza bersama-sama rombongan Perdana Menteri. Alasan Nasharuddin ialah, ketika pemergiannya ke Makkah bersama Perdana Menteri tahun lepas, Majlis Syura PAS tidak mempersoalkannya bahkan memahami mengapa dia turut serta.


Menurut Nasharuddin lagi, sepanjang program lawatan yang telah diatur itu dan ketika dalam perjalanan ke Gaza, tiada sebarang perbincangan politik di Malaysia telah dibuat. Sebaliknya apa yang dibincangkan ialah usaha-usaha yang boleh digerakkan untuk mengukuhkan sumbangan Malaysia kepada rakyat Palestin atas dasar sebagai seorang Muslim.

Kata Nasharuddin, “Bagi saya, kalau hendak tuduh, tuduhlah. Itu hak mereka. Hak saya adalah untuk maju ke depan. Saya ingin memberi sumbangan semaksimum mungkin bagi membantu saudara seagama dan saya sandarkan penglibatan saya ini atas kehendak agama dan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim.”

Menurut Nasharuddin, lawatan tersebut telah meningkatkan imej Malaysia sebagai model sebuah Negara Islam yang praktikal dan amat diperlukan dalam dunia moden ini. Nasharuddin turut mengesahkan, media-media Arab memuji keberanian Najib Abdul Razak yang menjadi pemimpin Islam bukan dari kalangan Negara Arab yang memasuki zon perang.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial Facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Blog Archive

Post Terdahulu

Popular Posts

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist Pencacai 1

Bloglist Pencacai 2

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist 5 (TERKINI)


  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas