16 January 2013

Anwar makin hilang sokongan - Ruslan Kasim

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Tindakan peserta himpunan pembangkang keluar dari Stadium Merdeka sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap membuktikan sokongan rakyat terhadap Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri semakin suram.

Difahamkan, peserta yang bertindak keluar stadium ketika Anwar bersemangat memberikan ucapan tersebut terdiri daripada ahli-ahli Pas.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim (gambar) berkata, ternyata penyokong Pas mahu meletakkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang majoriti pada pilihan raya umum akan datang dan bukannya Anwar.


Katanya, penyokong dan ahli Pas seakan-akan sedar tentang masalah moral serta nafsu Ahli Parlimen Permatang Pauh yang merupakan liabiliti politik kepada pembangkang.

"Ahli-ahli Pas juga sudah percaya dengan pengakuan yang dibuat Pengerusi DAP, Karpal Singh pada Oktober 1997 bahawa beliau mempunyai bukti kukuh tentang kegiatan liwat Anwar.

"Sehingga hari ini, Karpal enggan menarik balik kenyataan itu daripada hansard Parlimen. Takkan peguam Anwar (Karpal) hendak berbohong dalam perkara sebegini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut laman blog papagomo.com, dianggarkan sekitar 5,000 penyokong pakatan pembangkang bergegas keluar stadium ketika Anwar memberikan ucapan.

Sehubungan itu, jelas Ruslan, Anwar seharusnya sedar dan bersara daripada dunia politik ekoran penolakan penyokong terhadap beliau.

Tambah Ruslan, penolakan Anwar sebagai Perdana Menteri itu juga menimbulkan keraguan dalam kalangan ahli-ahli Pas tentang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin yang masih tidak membuat penafian serta menyangkal dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan Anwar.

"Kita juga ingin bertanya apakah berdiam diri itu bermakna mengesahkan atau mengiyakan apa yang dikatakan oleh rakyat atau mereka sebenarnya telah tersepit serta tak berani mengeluarkan sebarang kenyataan?

"Rakyat diminta buka mata untuk menilai agenda politik pembangkang ini supaya kerajaan yang memerintah selepas pilihan raya umum akan datang merupakan kerajaan berkaliber dan dapat memakmurkan negara," katanya. -Utuseks Malaysia


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas