BlogList Malaysia

03 January 2013

Anwar: Kalimah ALLAH milik Islam

PETALING JAYA - Perbincangan mengenai isu kalimah ALLAH yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengundang kontroversi baru-baru ini, akan dibincangkan oleh Majlis Pakatan Rakyat, Isnin ini.

Namun menurut Ketua Pembangkang itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setakat ini, ketetapan yang diambil adalah sama seperti sebelum ini yang mana, kalimah ALLAH adalah hak mutlak untuk penganut Islam di negara ini.


"... belum ada usul baru untuk meminda usul lama. Sekiranya ada pandangan baru, kita akan bincangkan," katanya pada sidang minggu PKR di sini, hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini meminta kerajaan membenarkan Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Permintaan itu yang disifatkan penganut agama Islam di negara ini sebagai suatu penghinaan hakikatnya telah pun diwartakan di Pulau Pinang sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.

Ia merupakan suatu ketetapan rasmi yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sementara itu, Anwar ketika ditanya berhubung kenyataan beberapa orang mufti yang menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat beliau, membidas tindakan mufti berkenaan.

"Bagi ruang kepada Hadi untuk beri penjelasan. Kenapa isu tahun 1981, mufti yang hendak buat kenyataan," selar Anwar.

Bahkan katanya, jika perkara yang membabitkan pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan yang lebih teruk daripada itu bahkan terlibat dengan perniagaan arak, mufti sebaliknya mengambil sikap berdiam diri.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas