BlogList Malaysia

02 January 2013

Ahmad Maslan Tunjuk Bodoh Lagi..

Pilih RTM,TV3: Hadi disyaki ada agenda

PUTRAJAYA - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengesyorkan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan sidang akhbar terbuka atau melalui web TV mengenai amanatnya tanpa perlu memberi penjelasan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

Menurutnya, tindakan Presiden Pas itu yang hanya mahu tampil di stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3, seolah-olah mempunyai agenda tersendiri.


“Mungkin ada tujuan-tujuan tertentu. Tapi pada saya panggil sidang akhbar lagi ramai boleh datang. Ia boleh disiar secara langsung oleh segala web TV. Nak panggil stesen TV luar negara pun boleh,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kopitiam Killiney Putrajaya, semalam.

Ahmad berkata, pada sidang akhbar Sabtu lalu, selepas sekian lama berdiam diri daripada menjawab isu berkenaan, Hadi tidak memaklumkan untuk menarik semula amanat itu, tetapi hanya ingin memberi penjelasan.

“Mudah-mudahan dia akan tarik amanat itu. Tapi kelihatannya sukar. Saya kira kalau dia menarik balik amanat itu dan memohon maaf, dia berjiwa besar seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Walaupun tak nampak apa salah Perdana Menteri, tapi (memohon maaf) bagi pihak pemimpin yang tidak turun padang, yang tidak melaksanakan tugas dengan baik yang menyebabkan kekalahan pada Pilihan Raya Umum 2008,” kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/pilih-rtm-tv3-hadi-disyaki-ada-agenda-1.117084


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas