14 December 2012

PRU13 - Gula-Gula Khas Dari Najib Untuk Tentera

PM dijangka umum program penambahbaikan kualiti hidup bekas tentera esok

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan program penambahbaikan kualiti hidup bekas tentera pada majlis pengiktirafan Veteran 1Malaysia di Kuala Kangsar, Perak, esok.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, program berunsurkan kebajikan dan pertolongan itu adalah tanda penghargaan dan prihatin kerajaan terhadap jasa dan pengorbanan bekas tentera selama ini.


Seramai 30,000 bekas tentera dijangka hadir pada program itu di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar, pada pagi esok, katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Program tersebut dianjurkan bersama PBTM, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

“Kita harapkan bekas tentera dapat hadir ke majlis tersebut sebagai tanda sokongan berterusan kepada Perdana Menteri dan juga kepada kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan bekas tentera, ” katanya.

Muhammad berkata, 350,000 bekas tentera yang berpencen dan tidak berpencen di negara ini perlu mentranformasikan diri dari status seorang pahlawan kepada usahawan seiring dengan peredaran masa.

Beliau berkata, bekas tentera perlu agresif dalam meningkatkan taraf hidup mereka dengan menyertai pelbagai program keusahawanan tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan untuk memajukan diri.

Sementara itu di Kota Kinabalu, Sabah, Jabatan Penerangan Sabah memaklumkan bahawa Perdana Menteri akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Sandakan, Ahad ini.

Dalam program itu, Najib akan menghadiri majlis bersama rakyat Parlimen Batu Sapi di Kampung Lupak Meluas, Jalan Batu Sapi, Sandakan, pada sebelah pagi.

Selepas itu, beliau dijangka merasmi Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) serta Persidangan Pemuda dan Wanita LDP di Pusat Konvesyen di Four Points By Sheraton, Sandakan.

Perdana Menteri juga akan menghadiri majlis makan tengah hari dengan Jawatankuasa Antara Gereja dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain di tempat yang sama sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

- BERNAMA



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas