09 December 2012

‘Potong telinga’ Adnan riuhkan Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang

TERMERLOH: Kenyataan ‘potong telinga’ Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan meriuhkan Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Pahang di Dataran Kerdau dengan para penceramah menggunakan kenyataan tersebut untuk membakar semangat mengajak rakyat Pahang berubah.

Hampir semua penceramah sejak petang sehinggalah malam ini menggunakan kiasan Adnan berjanji akan potong telinga dan terjun Sungai Pahang sekiranya Pakatan Rakyat menang di parlimen Bentong secara selang-seli untuk menghiburkan para hadirin.


“Sebagai rakyat Pahang, kita ambil ini sebagai cabaran untuk menawan Bentong dan Pahang,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Adnan ketika bercakap kepada wartawan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 12 berjanji akan memotong telinganya dan terjun ke sungai Pahang jika DAP menang di Parlimen Bentong.

Namun selepas itu, beliau mendakwa kenyataan itu hanya kiasan sahaja yang menyebabkan tekanan kepada beliau semakin meningkat, seolah-olah beliau bimbang terpaksa memotong telinganya apabila kalah di Bentung nanti.

Selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan peluru dengan menyatakan BN sebagai syaitan yang dikenali, Adnan menjadi pemimpin Umno terbaru dengan kiasan potong telinga dan terjun Sungai Pahang.

Sudah pasti, keangkuhan Adnan akan digemakan di seluruh pelosok negeri Pahang dalam kempen PRU-13 nanti.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas