BlogList Malaysia

07 December 2012

Pesilat Gayong Siap Hadapi Kemungkinan Di Himpunan Rakyat Kedah

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR 9 DIS: Orang yang menyalah guna ilmu persilatan akan dilaknat ikrar yang dilafazkannya, kata pengasas Pertubuhan Silat Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid Mat Isa.

“Pesilat sentiasa berwuduk, baca ayat surah at-Taubah dan bersumpah laknat. Sebab itu tak boleh tunjuk lagak.

“Ilmu silat ada pantang-larangnya. Kalau berlagak, kita tak selamat. Allah yang akan balas,” katanya kepada Keadilan Daily.


Beliau merujuk kejadian 4 Disember lalu apabila dua penyokong Pakatan cedera diserang samseng Umno termasuk pesilat Lincah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Kampung Gombak Utara.

Seorang daripada mereka cedera ditikam kerambit manakala seorang lagi luka di kepala akibat dibaling pasu.

Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia masih mengekalkan gelaran ‘Cikgu’ meskipun beliau bertaraf mahaguru dalam dunia persilatan.

Beliau adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.

Kata Cikgu Majid, silat untuk mempertahan diri jika diancam, bukannya untuk menyerang orang yang tidak bersalah dan tidak bersenjata.

“Jangan sengaja tunjuk kelebihan. Saya keluarkan arahan kepada semua guru Gayong dan anak buah, jangan sembarangan tunjuk lagak.

“Mereka yang melakukan kesalahan wajib bertaubat,” katanya.

Beliau juga mengarahkan pesilat Gayong bersiap-sedia menghadapi kemungkinan gangguan berikutan program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar Kedah, 7 Disember ini.

www.keadilandaily.com/


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas