BlogList Malaysia

29 December 2012

Pemuda Pas kecam kalendar 'hina' hudud

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor mengecam tindakan memperkecilkan undang-undang hudud dengan membawa mesej mengelirukan orang bukan Islam menerusi penerbitan kalendar 2013.

Sayap muda Pas itu mendakwa penerbitan kalendar dalam dwibahasa iaitu Mandarin dan Inggeris itu secara jelas membawa mesej mahu menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud.


Dewan Pemuda Pas Selangor merasakan tindakan biadap ini adalah suatu tindakan bacul dan pengecut pihak-pihak yang pastinya mempunyai akal fikiran yang tidak waras," kata Ketua Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan.

Katanya, tindakan itu juga satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam negara ini.

Justeru, kata beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan itu ditaja oleh parti tertentu negara ini, yang juga merupakan sekutu rapat kepada kerajaan pusat yang memerintah.

Menurut Habbullah, cukup jelas penerbitan itu juga merupakan tindakan terdesak puak tersebut untuk meraih simpati masyarakat bukan Islam yang telah menolak mereka di dalam pilihanraya umum lalu.

“Dewan Pemuda Pas Selangor dengan ini mendesak pihak polis dan jabatan agama dapat mengambil tindakan segera untuk melakukan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang cuba untuk mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama dengan isu ini,” ujarnya.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas