29 December 2012

Pakatan Menang RM200 Bilion Yang Dicuri Umno Akan Disiasat..

KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Keengganan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap pendedahan mengenai pengaliran wang haram berjumlah RM200 bilion hingga meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling tinggi di dunia, membuktikan pemimpin Umno BN terlibat dalam rasuah.

“Kita tanya kepada Bank Negara. Tanya Datuk Seri Najib Razak. Apa dia jawab?” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kesal kerana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu membisu dalam isu pendedahan itu.


“Anda tahu kenapa? Kerana mesti ada (pemimpin Umno BN) terlibat, jadi tidak berani buat siasatan. Anda mahu (ia) disiasat? Kalahkan Umno BN pada PRU 13, kita akan siasat,” katanya pada ceramah Perdana Merdeka Rakyat Taman Entrepreneur Kuchai di sini yang dihadiri lebih 2,000 penduduk setempat, semalam.

Mengikut laporan terbaru badan pemantau antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI), Malaysia di tangga kedua selepas China paling banyak aliran keluar wang haram iaitu RM200 bilion.

Dalam ucapan sama, Anwar juga menegaskan Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana pimpinan dari merompak wang rakyat apabila mentadbir negara kelak.

“Pegang kata-kata saya. Satu perkara saya janji. Saya dan kawan-kawan dalam KEADILAN, PAS dan DAP tidak akan izinkan mana-mana pemimpin rompak dan curi duit rakyat.

“Kalau kata saya pun macam ahli politik lain, saya kata, minta maaf. Saya tahu apa itu derita, penjara. Saya tahu macam mana orang malukan saya tiap-tiap malam. Sekarang saya hanya ingin buat apa yang betul untuk rakyat dan negara,” katanya.

Turut berucap ialah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; Ketua Publisiti DAP, Tony Pua dan Ahli Jawantankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Rosni Adam.

- keadilandaily.com/



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas