BlogList Malaysia

24 December 2012

Mustapha Kamal artis reformasi

KUALA LUMPUR 24 Dis: Kemunculan pelakon terkenal, Mustapha Kamal Mohd Daud atau lebih dikenali sebagai Mustapha Kamal dalam sebuah program bersama Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli baru-baru ini menambah gerun kerajaan Umno BN.

Mustapha turut mengambil peluang bergambar bersama calon KEADILAN Pandan itu dan menyampaikan ucapan dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi pada 18 Disember lalu


“Saya perasan dia dah lama mengikuti saya di facebook, dan sering melontarkan pandangan yang tegas dan berani, tanpa perlu berselindung. Dari situ saya faham Mustapha seorang berjiwa reformasi,” kata Rafizi kepada Keadilan Daily.

“Kemudian beliau hadir dalam program yang diaturkan untuk saya di Pandan. Kebetulan beliau juga penduduk dan pengundi Pandan,” jelas Rafizi.

Beliau menghargai kehadiran dan sokongan Mustapha, sekaligus memberi contoh kepada artis lain untuk berani tampil ke hadapan menyatakan pendirian.

“Saya juga bimbang beliau akan ditekan kerana kehadirannya itu. Mustapha hanya menggunakan haknya untuk mengenali bakal calon di Pandan, dan itu tidak salah,” kata Rafizi.

“Samada dia mahu sertai KEADILAN atau tidak, itu hak beliau. Tetapi Umno janganlah ‘menggelupur’ dan beri tekanan kepada beliau atau mana-mana artis yang membuat penampilan seperti itu,” tegas Rafizi.

Pada 2 Jun lalu, Mustapha turut menghadiri Majlis Dialog Anak Kelantan di Perantauan yang juga dihadiri Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sempat beramah mesra serta bergambar kenangan bersama pemimpin itu.

Sebelum ini, penyanyi Dayangku Intan, yang popular dengan lagu ‘Semakin Rindu Semakin Sayang’ mengesahkan menyertai KEADILAN pada April lalu.

Penulis lirik dan pelawak, Bob Lokman turut memilih untuk terlibat dengan Pakatan Rakyat apabila menyertai PAS.

Begitu juga pelakon dan selebriti Abby Abadi mengikuti jejak sama Bob dengan menyertai PAS Julai lalu.

Perkembangan ini sudah tentu meresahkan kerajaan Umno BN untuk berhadapan pilihan raya umum nanti.

keadilandaily.com/


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas