BlogList Malaysia

02 December 2012

Awasi sandiwara Musa bekas KPN

Ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU 2012) berlangsung baru-baru ini, bekas Ketua Polis Negara (KPN), Musa Hassan tiba-tiba muncul di khalayak bersama sebuah NGO, Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) yang juga muncul secara tiba-tiba.

Musa mendakwa ketika beliau memegang jawatan sebagai KPN, Hishamudin Hussein yang merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah melangkui bidang kuasa beliau (Musa) sebagai KPN dengan mengeluarkan arahan-arahan kepada pegawai-pegawai kanan polis.

Beliau turut memetik Seksyen 4(1) Akta Polis 1967 yang menggariskan hanya Ketua Polis Negara yang diberi kuasa mengeluarkan arahan kepada polis.


Musa telah dilantik ke jawatan KPN pada September 2006. Tidak lama selepas itu, beliau telah didakwa dan disiasat atas dakwaan membebaskan tiga orang ketua sindiket perjudian haram. Namun setelah siasatan dilakukan, Abdul Ghani Patail selaku Peguam Negara telah mengarahkan supaya pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR kini SPRM) menutup kes berkenaan atas alasan kekurangan bukti.

Walaupun telah mencapai had umur persaraan paksa (wajib), khidmat Musa sebagai KPN telah disambung selama dua tahun sehingga 13 September 2009 secara kontrak. Setelah tamat tempoh berkenaan, kontrak beliau disambung setahun lagi sehingga 13 September 2010 dan kontraknya tidak lagi disambung oleh kerajaan Umno/BN selepas daripada itu.

Kita merasa musykil mengapa Musa Hassan tiba-tiba muncul di saat Umno sedang mengadakan PAU 2012 dan pada ketika negara sedang bersiap-sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka paling sengit dalam sejarah negara.


Jika beliau betul-betul merupakan seorang KPN yang berpegang kepada prinsip dan moto 'Tepat' dan 'Betul', beliau sepatutnya tidak teragak-agak menggunakan peruntukan di bawah seksyen berkenaan untuk menahan, melakukan siasatan dan mendakwa Hishamudin Hussein ke mahkamah atas dakwaan menyalah-gunakan kuasa. Tindakan ini tidak pelik sebenarnya.

Telah wujud kes dahuluan (precedent) di mana mantan TPM (bakal PM ke-7, In sya Allah) DS Anwar Ibrahim pernah dikenakan dakwaan salah-guna kuasa kerana mengarahkan Datuk Mohamad Said Awang, Pengarah Cawangan Khas pada ketika itu dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Khas 2 PDRM untuk memperolehi pengakuan bertulis daripada Azizan Abu Bakar. DS Anwar telah disiasat, didakwa, dihadapkan ke mahkamah dan akhirnya didapati bersalah atas tuduhan itu.

Jadi, mengapa Musa ketika memegang jawatan selaku KPN, enggan menggunakan kuasa yang ada di tangannya untul menahan, menyiasat dan mendakwa Hishamudin Hussein. Mengapa setelah lebih daripada dua tahun bersara daripada jawatan KPN, barulah beliau bersuara?

Apa yang tersurat ketika Musa memberikan sdiang akhbarnya ialah, beliau mendakwa bahawa beliau telah tidak disambung kontrak jawatan KPN setelah tempoh kontrak kali keduanya tamat pada September 2010. Yang tersiratnya, sekiranya kontrak beliau disambung lagi, maka Musa akan kekal sebagai Musa, bekas pengusung tilam dalam kes perbicaraan Liwat 1 dulu. Beliau akan terus mendiamkan diri untuk menjaga periuk nasi beliau seperti kebanyakan ketua besar penjawat awam di sektor-sektor perkhidmatan yang lain.

Oleh itu, kemuculan Musa secara tiba-tiba ini, hendaklah kita terima dengan penuh kewaspadaan. Jika boleh, jangan diambil peduli oleh pihak Pakatan Rakyat. Biarkan itu menjadi urusan antara beliau dengan kerajaan Umno/BN yang sudah semakin hampir kepada tarikh luput.

Kita perlu ingat, dalam keadaan kerajaan Umno/BN amat-amat terdesak dan tertekan, mereka sanggup lakukan apa saja. Apalah sangat jika terpaksa mengorbankan 'seorang Hishamudin Hussein' yang bertaraf 'menteri aww aww', kerana sebelum ini, jawatan Timbalan Perdana Menteri pun pernah mereka korbankan demi menyelamatkan Umno/BN. APCO muncul dalam berbagai watak dan cara... Berhati-hatilah.

Dipetik dari - M@RHAEN


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas