Hasrat Perdana Menteri untuk bertemu badan bukan kerajaan (NGO), Hindraf kerana tergugat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertemu kumpulan itu, awal bulan lalu.
Bekas pemimpin Hindraf, S Jayathas berkata, tindakan itu membuktikan Datuk Seri Najib Razak bimbang terhadap sokongan rakyat India yang dilihat semakin condong ke arah Pakatan Rakyat.
“Najib begitu takut kehilangan pengundi India sekarang, lebih-lebih lagi bila melihat Anwar sudah bertemu Hindraf,” katanya ketika dihubungi.
Beliau yang baru menyertai KEADILAN Oktober lalu turut menasihati pemimpin Hindraf agar tidak perlu membuang masa bertemu Najib kerana terbukti selama ini kerajaan tidak pernah ambil peduli kesulitan yang dihadapi kaum India.
“Barisan Nasional sudah perintah 50 tahun, apa isu kaum India yang mereka selesaikan? Tak berbaloi untuk Hindraf bertemu Najib, sebab beliau tak mampu selesaikan apa-apa pun,” katanya.
Pada 2 November lalu, delegasi Hindraf diketuai pengerusi pergerakan itu, P Waythamoorthy bertemu Anwar bersama pemimpin KEADILAN lain termasuk Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, R Sivarasa.
Pertemuan itu bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan masyarakat India, sebelum Najib mengumumkan menghantar jemputan untuk bertemu.
http://www.keadilandaily.com/?p=39264
Polis siasat status ibu bapa jenazah bayi beku
7 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment