13 November 2012

Pas Perak Saman Polis

PAS Perak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membuat provokasi dan halangan terhadap Kembara Oren Selamatkan Felcra baru-baru ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya sudah mengenal pasti individu-individu yang telah menghalang, mengepung, dan membuat kekerasan terhadap peserta kembara.

Menurutnya, beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut namun sehingga hari ini pihaknya tidak mendapat perkembangan.


Bercakap dalam sidang media di Pejabat PAS, hari ini, Razman yang juga Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Felcra (Bapa) sangat kesal kerana pihak polis yang berada tempat kejadian tidak membuat apa-apa tindakan sebaliknya bersama-sama berkumpul bersama pihak yang membuat provokasi.

Sementara itu, peguam PAS, Zamri Ibrahim berkata, pihaknya masih menunggu perkembangan daripada pihak polis berkenaan laporan yang telah dibuat itu.

Katanya, pihaknya akan menulis surat kepada pegawai penyiasat kes itu apakah tindakan yang sudah dilakukan setelah menerima laporan polis.

Pengerusi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Dewan Pemuda PAS Perak (Juham) itu menjelaskan, pihaknya kesal kerana pihak polis yang berada di tempat kejadian tidak menjalankan tanggungjawab mereka yang sepatutnya.

“Sepatutnya orang yang membuat provokasi diminta bersurai sebelum pihak polis membuat tindakan lain seperti yang dilakukan kepada peserta Bersih,” katanya.

Kata beliau, jika pihak polis membuat keputusan tiada pertuduhan ke atas pihak yang membuat provokasi itu, pihaknya akan melihat daripada ruang tindakan sivil.

“Kita mendapat asas yang kukuh untuk mendakwa mereka antaranya elemen kekerasan, serangan dan kesalahan merosakkan harta benda.

“Jika polis membuat keputusan tiada kesalahan jenayah kami akan saman dari aspek sivil,” jelas beliau.

Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien dan barisan peguam.

http://karatijau.blogspot.com/2012/11/pas-perak-samanpolis-join-kumpulan.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas