08 October 2012

Zahid hamidi Di Ambang Kejatuhan..



Nampaknya Menteri Pertahanan yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, Zahid Hamidi kini semakin tertekan dengan perkembangan terbaru membabitkan kawasan parlimennya, terutamanya sejak malam tadi.

Apa tidaknya, sambutan Jelajah Merdeka Rakyat yang singgah di parlimen tersebut yang diketuai Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim malam tadi sangat memberangsangkan.



Dkhabarkan, kira-kira 6,000 orang hadirin memenuhi tapak ceramah Pakatan Rakyat tersebut yang diadakan di sebuah rumah di Sungai Sumun, Jalan Bagan Datoh yang selama ini menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN).

Anwar yang berceramah bersama-sama dengan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perak, Dr Mohd Nur Manuty, ahli parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan ADUN Hutan Melintang, S Kesavan sentiasa mendapat tepukan gemuruh hadirin yang datang sejauh Teluk Intan dan Sabak Bernam, Selangor.

Ada di antaranya tidak melepaskan peluang mengambil gambar kenang-kenangan di hadapan bas dua tingkat milik KEADILAN yang pernah disimbah cat merah dan dibaling batu di bahagian tempat duduk pemandu sebagai bukti betapa takutnya Umno menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat.

Dalam ceramahnya, Anwar terus menekankan harga minyak diturunkan selari dengan dasar bersama yang terkandung dalam Buku Jingga selain memberi isyarat bahawa pilihanraya umum hampir pasti akan diadakan sebelum hujung tahun ini.

Walaupun khuatir kejadian samseng berulang di sini, namun nampaknya Umno tidak mampu menyekat kemaraan pengunjung yang datang dari hampir segenap penjuru semata-mata mahu bertemu dan mendengar pidato pemimpin Pakatan Rakyat.

Anwar menyifatkan bahawa Bagan Datoh kini bukanlah kubu kuat Umno lagi ekoran kesedaran rakyat terhadap perubahan politik semakin kuat dirasakan dan ini terbukti dengan penyertaan ahli Umno menyertai Pakatan Rakyat terutama di Sabah dan Sarawak.

Paling mencuri tumpuan, semasa Anwar menunggu gilirannya untuk berucap, beliau tidak duduk di atas kerusi yang disediakan, sebaliknya duduk bersila di atas hamparan permaidan bersama-sama dengan hadirin yang tidak melepaskan peluang bergambar dengannya.




Untuk rekod, Zahid cuma menang tipis dengan majoriti 2,692 undi menewaskan calon KEADILAN, Madhi Hassan yang juga Ketua KEADILAN Cabang Bagan Datoh dalam pilihanraya umum lalu berbanding majoriti besar yang diperolehi Zahid pada 2004 sebanyak lebih 12 ribu undi.

JALAN PULANG



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas