13 October 2012

PM: RM40 juta diterima Umno Sabah 'sumbangan politik'

SHAH ALAM - Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ia adalah sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia datang mengikut saluran yang betul," kata Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Umno berkata, "pembangkang juga menerima sumbangan."



"You (anda) boleh tanya soalan yang sama kepada pembangkang," katanya dipetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn, malam tadi.

Najib ditanya mengenai siapa dan kenapa Umno Sabah diberikan wang sebanyak RM40 juta.

Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah.

Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong.

Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada Tian Chua dari PKR di Parlimen.

Setiausaha Agung TI-M, Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.

"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno Sabah.

"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.

"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM40 juta itu," katanya dalam kenyataan.

-sinarharian.com



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas