07 October 2012

Mamat ni nak serang Anwar lagi..

DIA DAN GENG TIBAI NYA NAK SERANG ANWAR LAGI ! terutama di kubu kuat Pakatan Rakyat ! Tidak perlu diperkenalkan lagi! masyarakat umum dah tahu ! Si mamat ini memang seorang manusia angkuh, kaki temberang, lidah celupar, dan mulut bau longkang ! Diperingkat awal dulu, beliau bersama Ezam Md Nor, Lokman Nor Adam, Roslan Kasim dan beberapa nama lagi, ikhlas berjuang bersama DS Anwar dalam PKR, tetapi berpaling tadah kerana lebih pentingkan perut dan habuan.

Oleh kerana merasa diri mereka lebih cerdik dari Anwar, mereka sanggup bernaung semula dibawah Umno sebuah parti yang telah dilebel sebagai parti tong najis ! Oleh kerana setelah melompat dari parti najis, dan najis di badan tak mampu di bersihkan, maka mereka lebih rela terjun semula kedalam tong najis ! Menjadi khadam dan balaci kepada Najib pun tak apa, janji poket berisi !.



Keceluparan dan kebusukan mulut si mamat ini terserlah apabila beliau pernah mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul ‘Am PAS adalah seorang ulamak P_ _ _MAK ! Begitulah berani, biadap dan kurang ajarnya mulut cucu Allahyarham Tun Ghafar Baba ini. Orang jahil pun takkan sanggup berkata begitu, jadi sudah tentu beliau telah meletakkan dirinya lebih jahil dari si jahil.

Bagi si mamat ni untuk untuk memburuk-burukkan DS Anwar bukanlah perkara yang sukar. Maka dalam suasana PRU 13 yang semakin hampir ini,, inilah peluang terbaik untuk mencari imbuhan dan mengisi temolok! Berbuat baiklah kepada UMNO khususnya kepada PM yang bernama Najib. Serang dan busukkan DS Anwar semahu-mahunya!, pasti ada habuan!

Dengan kemegahan melantik diri sendiri sebagai Mursyidul ‘Am sebuah NGO bernama TIBAI (Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim), semalam mereka mengadakan ceramah khas di Ampang bermatlamat memburuk-burukkan Anwar. Tetapi khabarnya sambutan teramat-amat lah hangat !!, penuh dengan lautan kosong manusia ! Ada le dalam 500 orang !! Kah! kah! kah!

“Kami mahu orang ramai berwaspada dengan Anwar…kami telah menceritakan pengalaman kami bersama pemimpin pembangkang itu kepada orang ramai. Tidak ada orang yang lebih mengetahui Anwar selain kami. Kerana kami pernah berjuang bersama dalam PKR. Kami mengetahui semuanya mengenai Anwar,” kata Ruslan. Kah! kah! kah! sekali lagi,,, Jadi, maknanya kalian mendakwa yang kalian adalah dari gulungan orang bijak- bijak? kerana memilih untuk meninggalkan Anwar? Manakala TG Haji Hadi, TG Nik Aziz, Lim Guan Eng dan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat adalah gulungan orang bodoh kerana tidak mengikut seperti apa yang kalian buat? Kalian yang bodoh sebenarnya!

Wahai Ruslan Kasim, Zahid dan rakan-rakan kalian yang hipokrit dan gilakan kebendaan ! Kalau di zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka dulu, kalian ni sama macam Si Kitol,.. nak tahu siapa si Kitol? cari maklumat atau buku dan baca sendiri. Dan sebagai tambahan, baca juga sejarah Dato’ Mandeliar dan Patih Karma Vijaya !! Kebusukan hati mereka sebijik macam hati-hati kalian!

Akhir sekali penulis nak tanya,,Yang meninggalkan Anwar dan PKR ( termasuk kalian) berapa ramai? Ada 50 orang? Ada 100 atau 1000 orang? Rasanya boleh dibilang dengan jari !! Yang masih setia bersama Anwar pula berapa orang? Tentu lebih dari ratusan ribu,, sebab itu Anwar dan partinya berjaya mengusai negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan bersama parti gabungannya ! Mata kalian buta? Telinga kalian pekak? Kalian tak tahukah itu semua? Jadi orang ramai nak percaya siapa? Kalian yang berhati busuk? atau Anwar pemimpin yang baik dan tawaddhuk !

Oleh : rahimothman



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas