25 October 2012

Kesian Khairy.. Macam Pengemis..

Khairy menjala isu IPP dan tol lebuhraya, meraih perhatian untuk kekal menjadi Ahli Parlimen

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin terus menerus cuba menarik perhatian Presiden UMNO, Najib Razak untuk kekal menjadi Ahli Parlimen.

Terbaru, beliau memainkan isu pemilikan saham Kerajaan Negeri Selangor menerusi Worldwide Holdings (anak syarikat PKNS) dalam IPP Genting Sanyen dan milikan saham dalam konsesi tol Lebuhraya Kesas.

25% saham Genting Sanyen dimiliki oleh Worldwide dan 30% saham konsesi tol Lebuhraya Kesas dimiliki oleh PKNS sejak era pemerintahan BN.

Lanjutan daripada itu, pembelian saham majoriti Genting Sanyen oleh 1-MDB daripada Genting Berhad bernilai RM2.5 bilion dikira amat tinggi (6 kali ganda nilai buku) sedangkan ketika itu konsesi tersebut hampir tamat.

Selepas pembelian oleh 1-MDB, Suruhanjaya Tenaga melanjutkan konsesi tersebut selama 10 tahun. Seolah-olah keputusan tersebut telah diketahui lebih awal lagi.
Setelah 1-MDB membeli saham daripada Genting Berhad, pihak PKNS berusaha berlipat ganda untuk menjual saham milikan mereka menerusi perbincangan dengan para pelabur dalam dan luar negeri.
Pihak pengurusan PKNS sememangnya berhasrat menjual kepentingannya dalam IPP Genting Sanyen dan konsesi tol Lebuhraya Kesas, namun ia tidak mahu kerugian dengan menjual sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kos untung rugi.

Oleh itu, tidak timbul soal bahawa Kerajaan Negeri Selangor hipokrit sedangkan pihak pengurusan PKNS bertungkus lumus bertindak secara penuh hemah untuk tidak mengalami kerugian.

Khairy pula, dalam usaha beliau untuk terus kekal sebagai calon UMNO di PRU-13, tidak mahu dilihat sebagai seorang 'water carrier' dan 'despendable' kepada UMNO .

Senator Ezam menerusi juak-juak beliau Hamidzun, Azwanddin dan SD Johari terus-menerus menganjurkan demonstrasi terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan PKNS; manakala, Mukhriz Mahathir dengan bantuan bapanya, Dr Mahathir, sedang mengasak Kerajaan Negeri Kedah dan memprojek dirinya sebagai calon Menteri Besar Kedah daripada UMNO.

Perkembangan politik inilah menyebabkan Khairy merasa terpinggir kerana beliau dilihat ketandusan isu dan tidak di'favour' oleh Najib.

Tindakan desperado Khairy ini hanya akan mempercepatkan pengusiran beliau keluar dari tampuk hirarki UMNO oleh komplot Ezam dan Mukhriz dalam politik UMNO.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas