BlogList Malaysia

13 October 2012

Aset, tanah KTMB RM50 bilion bakal lesap

KUALA LUMPUR 12 Oktober: KEADILAN bimbang aset dan pegangan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dianggar berjumlah RM50 bilion tergadai selepas diserah kepada MMC Corporation Berhad, kata Senator Syed Shahir Syed Mohamud.

Katanya, syarikat milik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari itu tidak mungkin mengambil alih KTMB yang pada asasnya memberi perkhidmatan kepada rakyat, tanpa sebarang keuntungan.

“Persoalannya mengapa Syed Mokhtar berminat (mengambialih KTMB)? Jika kita lihat aset kepunyaan KTMB antaranya (adalah) tanah.



“Kedudukan tanah KTMB adalah di semua kawasan strategik di negara ini seperti di Butterworth, Ipoh, Kuala Lumpur, Gemas dan Johor Bahru,” katanya kepada Keadilandaily.

Beliau sebelum itu menyertai kira-kira 500 ahli Kesatuan Pekerja KTMB (RUM) berpiket di depan ibu pejabatnya di Jalan Hishamuddin, bagi membantah pengambilalihan itu.

Tambah beliau, jika keputusan pengambilalihan itu dibuat berdasarkan pegangan hartanah yang dimiliki KTMB, ia bakal memberi pulangan lumayan kepada MMC Corp.

“Jika itu kebarangkaliannya, maka itu kebimbangan kita.

“Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada tanah KTMB di Singapura. Di Woodlands, Keppel Road, Bukit Timah hingga ke Tanjung Pagar. Nilainya berbilion ringgit,” kata Syed Shahir.

KEADILAN sebelum mendedahkan usaha penswastaan operasi KTMB kepada MMC Corp sebagai satu lagi usaha mengkayakan kroni BN.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, pengambilalihan itu bermakna syarikat-syarikat yang dikawal Syed Mokhtar akan menguasai pengangkutan keretapi yang merupakan sektor terpenting di negara ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37811



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas