07 October 2012

Anwar Bawa Masuk Kapal Perang Nuklear Ke Pelabuhan Klang

Semua orang tahu yang DSAI ejen dan talibarut Amerika.. Ini yang selalu dilaungkan Umno dan pencacainya.. Tak mungkin Umno yang benarkan sebab Umno cukup-cukup anti-Amerika. Hehehe...

Kapal induk pesawat udara Amerika Syarikat (AS) USS George Washington melakukan persinggahan sulung di Pelabuhan Klang hari ini, bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia.

Pegawai Pemerintahnya Kapten Greg Fenton berkata persinggahan selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pelayar untuk memperluaskan kefahaman mereka mengenai persekitaran maritim Malaysia.

"Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka.



"Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat," katanya kepada kumpulan pemberita yang dibawa melawat kapal berkenaan, di Port Klang Cruise Centre, di Pelabuhan Klang.

Antara projek komuniti berkenaan ialah kerja sukarela di sekolah untuk kanak-kanak pelarian Myanmar dan rumah kanak-kanak Juara-Glad Tidings Home, katanya.

Fenton berkata anak kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di Pelabuhan Klang menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials (KLASS).

Sementara itu katanya lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dirai dalam satu majlis di atas kapal itu esok.

USS George Washington yang berkhidmat sejak 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera.

Kapal itu bersama sayap udaranya Carrier Air Wing 5, menyediakan pasukan siap siaga untuk bertindak yang melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik.

- Bernama



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas