BlogList Malaysia

24 September 2012

Tak Sangka Harussani Minat Tengok Wayang...!

Filem “Untuk Tiga Hari” - Mufti Perak Nasihatkan Pasangan Selebriti Rujuk Kepada Jabatan Agama Segera




Tidak tahu apa silapnya kali ini, tetapi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan agar pasangan selebriti yang berlakon dalam filem “Untuk Tiga Hari” ini merujuk kepada Jabatan Agama Islam segera.



Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, perkara ini berikutan lafaz cerai Rashidi Ishak terhadap Vanidah Imran ketika mereka berdua berlakon didalam filem arahan pengarah, Afdlin Shauki.

“Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta’ah.

Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera.” – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Tapi, setakat yang OHBULAN! ingat ketika menonton filem ini, tiada dialog ‘lafaz cerai’ diantara Rashidi dan Vanidah. Tapi, tak tahulah jika kami ada terlepas pandang. Apa pun, kita tunggu saja berita terbaru dari kedua pasang selebriti ini ya.

Untuk pengetahuan, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak telah berkahwin pada 1 Oktober 2000.





Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas